Monday, September 20, 2010

TIPS MENJAGA & MEMBESARKAN ANAK AYAM


Saya mengambil kesempatan untuk memberi sedikit tips untuk menjaga dan membesarkan anak ayam kampong selepas menetas hingga ke peringkat pembesaran. Saya terpanggil untuk menulis kerana ada beberapa penternak yang menghubungi saya bertanya pasal masalah anak ayam yang sakit/mati didalam brooder/reban asuhan serta tidak selera makan dedak. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebelum ini dan tidak semestinya tepat dan sempurna. Ianya boleh dijadikan bahan bacaan, rujukan atau panduan ringkas kepada bakal-bakal penternak atau kepada penternak yang menghadapi masalah. Berdasarkan pengalaman, kadar kematian anak ayam didalam brooder dan reban asuhan saya adalah sangat kecil sekali(kurang dari 5%). Dibawah ini saya nyatakan secara terperinci, langkah-langkah yang perlu dilakukan sepanjang tempoh pembesaran anak-anak ayam yang ditetas menggunakan incubator. Semuga ianya berguna.


MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com

Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com


Brooder:
a) Anak ayam yang baru menetas dikeluarkan dari hatcher/incubator selepas 2 hari, setelah bulu kering sepenuhnya dan kakinya kuat berdiri.
b) Brooder yang bersesuaian reka bentuknya diletak didalam bangunan yang tertutup/berteduh untuk mengelak kesejukkan dan kepanasan melampau serta berjaring untuk menghindari gigitan nyamuk.
c) Lampu yang bersesuaian watt nya dipasang 24 jam.
d) Bekas minuman sentiasa dibersihkan dan air minuman ditukar baru setiap hari.
e) Makanan dedak halus hitam 'Gold Coin' (201C) diberi sepanjang masa.
f) Air minuman ditambah vitamin+stimulant(Hidro Rex Vital Aminoacidos(HRV) untuk keperluan zat vitamin dan membuka selera makan setiap 5 hari sekali.
g) Brooder hendaklah dibersihkan dan dinyah kuman dengan diisfectant setiap kali sebelum masuk anak ayam baru bagi mengelak jangkitan penyakit.

Contoh Brooder yang cukup ringkas, tetapi sangat praktikel. Tinggi 5'
dan boleh isi 25-30 ekor anak ayam setiap tray.

Contoh-contoh brooder dari carian internet



Reban Asuh Mula:
a) Setelah anak ayam berusia 10 -14 hari, barulah dipindah kereban asuh. Seboleh-bolehnya lakukan diwaktu malam untuk elak stress kerana pindah reban baru yang besar dan nampak pemandangan luar.
b) Reban asuh berbumbung boleh berada diluar atau dibawah bangunan berteduh. Lantai reban asuh dilapik dan ditabur habuk papan/sekam padi supaya sentiasa kering dan mengurangkan kesan ammonia.
c) Dinding reban asuh dipasang jaring nyamuk jika dinding menggunakan jaring dawai.
d) Dinding reban diselimut dengan apa-apa bahan supaya dapat mengekalkan kepanasan lampu diwaktu malam tetapi membuat sedikit bukaan diatas dan bawah untuk peredaran udara baru supaya ayam tak lemas dan mengelak pengumpulan gas ammonia yang merbahaya kepada sistem pernafasan. Selimut dibuka diwaktu siang.
e) Lampu yang sesuai watt nya dengan keluasan reban asuh dipasang pada malam sahaja.
f) Sebahagian dinding dibuka pada siang hari untuk peredaran udara dan mengelak kepanasan melampau jika berada diluar bangunan berbumbung.
g) Bilangan anak ayam hendaklah bersesuaian dengan keluasan reban asuh agar tidak berhimpit dan bersesakan . Bekas makanan yang mencukupi mengikut bilangan anak ayam elak berebut makanan.
h) Beri makanan dedak halus hitam 'Gold Coin' (201C)sepanjang masa.
i) Reban hendaklah dibersihkan dan dinyah kuman dengan diisfectant setiap kali sebelum masuk anak ayam baru bagi mengelak jangkitan penyakit.


Contoh-contoh reban asuh mula. Sebaiknya dekat dengan rumah
supaya dapat dipantau sekerap yang mungkin.



Reban Asuh Akhir:
a) Setelah berusia 30-40 hari, pindahkan anak ayam kereban asuh yang lebih besar. Seboleh-bolehnya dibuat diwaktu malam untuk elak stress dan lebih mudah ditangkap didalam gelap.
b) Reban ini masih perlu dipasang jaring nyamuk, lantai masih perlu berlapik, tetapi tidak perlu diselimut pada waktu malam. Peredaran udara sudah mencukupi melalui jaring nyamuk.
c) Vaksin Newcastle Desease(NDV) boleh diberi pada usia ini untuk melindungi anak ayam dari sampar.
d) Antibiotik merah atau Amoxicillin 50% - 6in1 pada dos yang rendah boleh diberi setiap 7 hari sekali sebagai langkah pencegahan dari penyakit E.Coli, Salmonnella, Fowl Cholera, Cronic Respiratory Deasease(CRD), Coryza dan Staphylococcosis
e) Vitamin diberi 5-7 hari sekali untuk menambah kesehatan dan menggalakkan tumbesaran anak ayam.
f) Makanan dedak halus 'Gold Coin' yang mencukupi dengan bilangan anak ayam boleh diberi 2 kali sehari.
g) Setelah berusia 2 bulan, dedak halus kuning boleh diperkenalkan. Beri dedak ini setelah benar-benar lapar untuk mengelak dikais dan bertaburan dibuang kerana masalah pertukaran rasa makanan. Sebab itu lapik lantai diperlukan. Makanan yang jatuh akan dimakan semula bila anak ayam lapar semula.
h) Hindari kepanasan terik matahari secara tepat terutama waktu petang. Reban asuh ini hendaklah dikawasan teduh/redup.
i) Bekas minuman hendaklah dibersihkan dan diberi air minuman bersih setiap hari.
j) Reban hendaklah dibersihkan dan dinyah kuman dengan diisfectant setiap kali sebelum masuk anak ayam baru bagi mengelak jangkitan penyakit.

Contoh reban asuh akhir. Perhatikan jaring nyamok dipasang sepenuhnya.

Reban Pembesaran Awal:
Reban ini hendaklah dibina didalam kawasan berpagar berasingan dari ayam dewasa
a) Setelah berusia 60 hari, anak-anak ayam boleh dipindahkan ke reban pembesaran.
b) Reban yang berlantai dan berdinding jaring, boleh dikurung serta berbumbung.
c) Biarkan selama 2 minggu didalam reban ini supaya kenal tempat tinggal barunya.
d) Masih diberi makan dedak komersil secukupnya untuk 2 kali sehari.
e) Perkenalkan makanan pelbagai jenis e.g dedak, nasi, hampas soya atau sebagainya sedikit demi sedikit sewaktu benar-benar lapar.
f) Bekas minuman dibersihkan dan air di ganti baru setiap hari.
g) Antibiotik pada dos yang rendah diberi setiap 7 hari sekali sebagai langkah pencegahan. Vitamin juga diberi selang 5-7 hari secara berselang seli.
h) Selepas 2 minggu, buka pintu reban, biarkan turun sendiri. Tangga hendaklah dibina jika reban tinggi.
i) Beri makanan didalam bekas diatas tanah pada waktu siang dan didalam reban diwaktu malam.
j) Pada sebalah malam, kutip anak ayam yang tak pandai masuk sendiri kereban untuk elak kesejukan oleh cuaca malam/hujan.
k) Sediakan papan pellet atau apa-apa benda yang lebih tinggi untuk ayam bertenggek jika tanah rendah dan menakung air diwaktu hujan lebat untuk elak ayam mati lemas atau kesejukan.
l) Dinding reban tidak perlu diselimut tetapi lampu jimat eletrik/flourecent perlu dipasang supaya ayam nampak dan mematuk nyamuk.
j) Reban hendaklah dibersihkan dan dinyah kuman dengan diisfectant setiap kali sebelum masuk anak ayam baru bagi mengelak jangkitan penyakit.

Contoh reban pembesaran awal.

Reban pembesaran Akhir:
a) Setelah berusia 80-90 hari, ayam sudah boleh dipindahkan ke reban pembesaran akhir. Reban ini berasingan dari reban pembesaran awal diatas. Reban ini adalah tempat ayam ini membesar dan tidor sehingga dewasa dan dijual.
b) Reban ini berbumbung, berdinding, berlantai, berpalang dan berpagar. Ayam dikurung sehingga 2 minggu untuk memperkenalkan tempat barunya .
c) Makanan campuran seperti dedak, hampas kelapa/soya, sisa makanan dan sebagainya boleh diberi secara berjadual 2 kali sehari.
d) Sepanjang dalam tempoh kurungan, ayam diasuh makan didalam bekas diatas tanah didalam kawasan reban untuk mengelakkan perebutan makanan dengan ayam-ayam yang lebih dewasa. Selepas habis makan, pintu pagar dibuka untuk dibiarkan lepas keluar berjemur, bermain, mandi debu, rehat dan tidor siang.
e) Asuh anak ayam tidor diatas para/palang kayu. Pada sebelah malam, angkat semua anak ayam dan letakkan diatas palang kayu. Buat setiap hari sehingga semua ayam tahu naik sendiri untuk tidor diatas palang. Lantai yang kosong, boleh digunakan untuk anak ayam yang baru pindah masuk reban.
f) Reban hendaklah dibersihkan dan dinyah kuman dengan diisfectant setiap kali sebelum masuk anak ayam baru bagi mengelak jangkitan penyakit.

Contoh reban pembesaran akhir.




Gambar-gambar reban pembesaran dari rakan ternak


Penternakan ayam kampong memang rumit jika jika dibuat dalam skala yang sederhana/besar. Ini adalah kerana proses pembesarannya tidak serentak kerana anak-anak ayam ditetas belbagai peringkat. Ayam kampong juga lebih terdedah kepada ancaman serangan penyakit kerana persekitarannya yang sangat mencabar. Banyak jenis reban perlu dibina mengikut kesesuaian umur bagi mengelakan persaingan untuk mendapatkan makanan dengan ayam dewasa serta jenis makanannya yang berbeza mengikut usia. Tidak seperti ayam kacuk atau ayam daging, dimana ia membesar didalam reban yang sama dari hari mula masuk reban sehingga dijual atau 'once in, all out'.

PERINGATAN PENTING

1. BUAT PEMBASMIAN KUMAN PADA SETIAP REBAN SETIAP KALI SEBELUM MASUK AYAM ATAU SECARA BERKALA (1 - 2 BULAN SEKALI) DENGAN MENYEMBUR SELURUH REBAN TERMASUK LANTAI, DINDING, BUMBUNG, PARA, PALANG, SANGKAR DAN PALING UTAMA -TANAH. TINDAKAN INI DAPAT MENCEGAH SERANGAN PENYAKIT TERTENTU.

2. BERI VAKSIN NEWCASTLE DESEASE SETIAP 3 BULAN SEKALI KEPADA SEMUA AYAM-AYAM YANG ADA DI REBAN ANDA TANPA GAGAL. INI DAPAT MENCEGAH SERANGAN SAMPAR YANG BOLEH MEMUSNAHKAN HAMPIR SELURUH TERNAKAN ANDA DALAM MASA SINGKAT.

3. BERI ANTIBIOTIK 6 IN 1 SECARA BERKALA KEPADA SETIAP AYAM TERUTAMANYA YANG SUDAH TURUN UNTUK MENCEGAH SERANGAN PENYAKIT KRONIK YANG BOLEH MEMUSNAHKAN TERNAKAN ANDA SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

LINDUNGLAH TERNAKAN & PELABURAN ANDA
DENGAN SEDIKIT TINDAKAN ANDA
DEMI MASA DEPAN ANDA


IBU AYAM MENGERAM
Bagi penternak yang menggunakan incubator sepenuhnya, langkah-langkah ini perlu dilakukan kepada ibu-ibu ayam yang sudah mula duduk mengeram walau pun sangkar kosong atau duduk atas telor ayam lain.
a) Tangkap dan kurung didalam reban yang berasingan selama 10-14 hari.
b) Beri makanan dedak komersil dan minuman yang dicampur vitamin agar segera kembali segar semula .
c) Mandikan dengan menyiram air ke semua ibu ayam diwaktu siang yang panas untuk menghilangkan sifat mengeram.
d) Setelah ayam kelihatan segar dan ceria semula, lepaskan untuk dikahwini oleh bapak ayam yang sentiasa rindu dan dahagakan kasih sayang ibu ayam.

Bagi penternak yang mengamalkan pengeraman secara alami, ikut langkah-langkah ini
a) Rampas anak-anak ayam dari ibunya dan masukkan anak-anak kedalam brooder.
b) Ikuti langkah langkah yang sama seperti anak ayam yang ditetas menggunakan incubator.
c) Tangkap ibu ayam dan ikuti langkah-langkah yang sama untuk ibu ayam mengeram.

Didalam website http://poultrykeeper.com , terdapat banyak ilmu pengetahuan yang amat berguna berkaitan penternakan ayam. Bacalah dan anda akan lebih memahami banyak perkara sebagai bekalan ilmu sebagai penternak.

Selamat mencuba.....................





MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

12 comments:

  1. saya pelajar diploma.sekarang saya dalam tahun akhir dan saya memilih projek akhir membuat reban asuhan mula seperti encik nyatakan dlm blog encik.disini sya ini belajar tentang suhu yang diperlukan oleh ank ayam dalam reban.

    ReplyDelete
  2. bapak ayam pun pandai dahagakan kasih sayang rupanya..hahaha...

    ReplyDelete
  3. Sangat informatif kepada yg berminat utk memulakan ternakan ayam.

    ReplyDelete
  4. Sangat informatif kepada yg berminat utk memulakan ternakan ayam.

    ReplyDelete
  5. JANGAN LEWATKAN PROMO MENARIK DARI KAMI

    HUBUNGI KONTAK Kami
    BBM : D8E23B5C
    WHAT APPS : +85581569708
    LINE : togelpelangi
    WE CHAT : togelpelangi
    LIVE CHAT 24 JAM : WWW-ANGKAPELANGI-NET

    Ayo coba keberuntungan anda
    jutaan rupiah menunggu anda

    ReplyDelete
  6. Saya terjumpa satu anak ayam yang dah hilang ibunya tapi saya tak ada alat-alat yang sesuai untuk penjaaan. Sekarang ni ada corvid-19 jadi saya terpaksa beli makanan ayam online. Cuma takut anak ayam ni tak dapat hidup sebelum makanan sampai. Sekarang ni dia tak selera makan langsung.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalam. nice sharing, mohon share ye..

    ReplyDelete