Post kali ini saya dokumenkan teknik membasuh telor untuk menbasmi kuman/bakteria/micro-organisma yang menjadi penyebab kepada kerosakan telor dan seterusnya menurunkan peratus penetasan. Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
1. Bersihkan telor dari kekotoran seperti tanah dan najis yang melekat pada kulit telor dengan menggunakan kertas pasir atau steel wool halus(pengosok periuk). Lakukan pembersihan ini hanya setelah telor dikumpul dan sudah sampai tarikh dan masa untuk memasukkan telor kedalam incubator. Ini untuk mengelakkan kuman/bakteria/micro-organisma masuk kedalam liang udara pada telor yang telah digosok dengan kertas pasir/steel wool halus. Mengosok dengan kertas pasir/steel wool akan menghilangkan lapisan pelindung semulajadi pada telor.
2. Sediakan cecair pembasmi kuman/disinfectantant yang terdapat di pasaran yang mengandungi bahan aktif Quatenary Ammonium Chloride dicampur dengan air suam pada suhu lebih kurang 45 darjah Celcius pada kadar 1:100.
3. Rendam telor tersebut (yang telah dibersihkan terlebih dahulu di langkah ke-2) selama lebih kurang 20-30 saat sambil menanggalkan kekotoran nipis yang masih terlekat pada kulit telor menggunakan bahan filter akuarium(kerana lembut dan tahan dalam air).
4. Telor yang telah dibasmi kuman diletakkan diatas bekas yang telah dibasmi kuman dan dikeringkan menggunakan kitchen towel(tisu besar). Ganti kitchen towel yang telah lembab/basah dan keringkan telor sehingga selesai. Jika telor terlalu banyak, buat cacair baru.
5. Masukkan telor ke dalam tray incubator yang telah dibasmi kuman dan seterusnya memasukkan tray tadi kedalam incubator yang juga telah dibasmi kuman terlebih dahulu.
Semuga usaha ini dapat meningkatkan peratus penetasan telor. Walaubagaimana pun, setelah dibuat candling, masih ada juga telor yang dijangkiti bakteria(red ring) dan besar kemungkinan telor ini telah dimasuki bakteria sejurus saja telor dikeluarkan oleh ibu ayam didalam sarang/sangkar yang tidak bersih.
Telor yang tidak dijangkiti bakteria akan terus melalui proses pembesaran embryo sehingga menetas. Namun demikian, ada juga embryo/anak ayam didalam telor akan mati diperingkat pertengahan atau akhir. Kejadian ini diluar kawalan manusia dan berkemunginan besar berpunca dari faktor genetik dan kualiti telor itu sendiri. Ibu ayam yang masih muda atau terlalu tua mengeluarkan telor yang tidak bermutu. Jika dapat dikenalpasti ibu ayam tersebut, sebaiknya telor tersebut di jual sahaja.
Begitu juga untuk telor yang tidak disenyawakan(infertile/tidak berbenih jantan), kenal pasti ibu ayam tersebut dan kurung bersama ayam jantan supaya berlaku persenyawaan. Ada juga terdapat kejadian dimana proses pembesaran anak ayam didalam telor tidak normal, dimana tahap pembesarannya tidak mengikut bilangan hari yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan telor tidak menetas selepas 21 hari. Jika anda yakin(melalui candling), biarkan telor ini didalam incubator untuk 2-3 hari lagi. Selepas itu, jika tidak menetas juga, cuba pecahkan dan lihat apa yang terjadi.
Bagi diri saya, setiap telor yang tidak menetas, saya akan buat candling dan kemudian pecahkan untuk dibuat pemerhatian dan perbandingan dan rujukan dimasa depan. Ini akan memberi anda pengalaman untuk membuang telor yang tidak menjadi lebih awal lagi, daripada macam 'menanti durian tak gugur'.
Peralatan yang digunakan.
Kiri - Telor yang telah dikumpul.
Tengah - Telor yang sedang direndam.
Kanan - Telor yang telah di nyah kuman.
Telor sedang dibersihkan semasa direndam
dalam cecair pembasmi kuman
Telor sedang dikeringkan dengan kitchen towel.
Selamat Berhari Raya kepada semua blogger dan semuga selamat kembali kerumah masing-masing. Berhati-hati memandu dijalan raya. Jemputlah kerumah jika tersesat sekitar Klang/Banting. Teringin juga nak jumpa blogger/penternak yang popular. Boleh sembang-sembang. Apa kata kita buat satu program pertemuan sempena Hari Raya pada suatu tarikh dan lokasi yang sesuai. Misalnya hujung minggu sebelum Syawal habis dilokasi seperti di Restoran Bamboo Lalang di depan rumah ibu saya di Batu 13, Kg. Sungai Rambai, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor. Itu hanya syor je, jika ada cadangan yang lebih baik, kita ikut je....
No comments:
Post a Comment