Sunday, September 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KPD SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT


4/9 - Cuti hujung minggu dimanafaat sepenuhnya untuk menyiapkan reban terbesar pernah saya buat dalam hidup 100% seorang diri(tak bohong). Dari mula hingga siap, saya lakukan dengan penuh semangat tanpa ada rasa berat hati, penat, susah, bila nak siap dan sebagainya. Keazaman yang mendorong kita menjadi kuat dan bersemangat. Tapi kadang kadang terfikir juga, mampu ke saya lakukan. Maklumlah, saya dah tua(48 tahun), nafsu besar tapi tenaga tak ada. Akhirnya siap juga sepenuhnya seadanya dengan tiang bengkang bengkok. Ini adalah kerana tiada perancangan untuk membuat reban seperti itu dan sebesar itu dari awal lagi. Saya pacak tiang kayu untuk pagar jaring, dan tiang inilah terus saya sambung sebagai tiang reban. Jadi saya layan je lah rekabentuk dan binaan reban ini memgikut tiang yang pagar yang bengkok sedikit. Memang tough juga terutama nak pasang lantai dawai, banyak adjustment perlu dibuat. Semalan(Ahad) semua anak-anak ayam dalam reban asuh dipindah masuk kereban baru kecuali yang kecil-kecil je. Punyalah susah nak tangkap anak ayam, kelam kabut berlari menyelamatkan diri dalam reban. Nasib baik ada sauk akuarium yang disambung dengan shaft driver golf(Sedap dipegang dan ringan). Memanglah anak ayam happy bila dapat pemandangan baru dan kawasan yang luas. Berlari-lari lah dan kejar mengejar kegembiraan. Macam dalam cerita 3 Abdul, anak-anak yatim dapat rumah kedai yang kosong sebagai sekolah dan kediaman baru mereka.

Insyallah, lepas raya saya akan buat lagi satu reban baru sebagai persiapan untuk anak-anak lain. Selepas itu, barulah saya akan buat reban untuk ayam-ayam dewasa dilokasi baru yang akan ditambak secara percuma dari tanah buangan/kotor Lebuhraya SKVE. Mereka akan buang dan ratakan seluruh tanah seluas 2 ekar. Jangan tanya macamana saya boleh dapat...semua orang pun tanya begitu. Guna diplomasi dalam segala urusan. Tak boleh guna diplomasi, baru guna buku lima. Reban dewasa jauh lebih mudah dari reban didik dan reban pembesaran. Reban ayam dewasa sangat basic, ada bumbung dan para dah memadai sebagai keperluan asas mereka untuk tidur dan berlindung semasa panas dan hujan. Macam garaj kereta je. Kayu dan zink bumbung masih banyak lagi. Masa buka puasa dengan kawan diluar, ada kawan(kontraktor binaan kelas A) tu tanya.....kau nak zink buruk(zink kilang) ke? Saya jawab, "selagi ada zink buruk dan kayu buangan kat tapak pembinaan, kau hantar je tempat reban aku". Mudah2an dia hantar lah hendaknya zink dan kayu tu...dapat buat pagar keliling sempadan ladang tu. Dapat mencegah pencuri masuk sewenang-wenangnya dari arah belakang kebun. Kalau ada rezeki, dapatlah.




Akhir sekali, mungkin saya akan menulis blog ini lagi selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Semuga semua sahabat penternak, follower dan pelawat blog yang beragama Islam, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

MEMANDULAH DENGAN BERHATI-HATI
SEMUGA SELAMAT SEPANJANG PERJALANAN PULANG
KE KAMPUNG HALAMAN DAN KEMBALI SEMULA

INGAT KELUARGA TERSAYANG
JANGAN BIARKAN MEREKA MENANTI DALAM TANGISAN


JUMPA LAGI, AMIN..........................................



No comments:

Post a Comment