Friday, September 17, 2010

BANJIR KILAT DAN UPDATE PEMBINAAN REBAN



17/9 - Subuh pagi tadi, hujan turun dengan lebatnya selama 3 jam. Seperti biasa, saya meramalkan sekitar kawasan reban akan dilanda banjir sehingga 3-6 inici bergantung kepada kawasan. Sebagaimana sedia maklum, kawasan reban ini didirikan adalah agak rendah. Dalam keadaan biasa, kawasan ini tidak dilanda banjir. Namun sejak pembinaan Lebuhraya XXXX, apabila hujan lebat, pasti banjir kilat berlaku dimana air parit besar akan melimpah hingga kekawasan kebun/reban tersebut. Namun biasanya ia tidak berpanjangan dan akan kering dalam masa 6-12 jam. Mungkin ada rahmatnya kejadian banjir ini dimana kuman-kuman/bakteria yang bahaya akan dibawa bersama dengan air apabila surut. Biasanya ayam akan kenyang makan cacing-cacing yang timbul kerana lemas dan dapat protin segar dari sumber asli. Kali pertama kawasan ini kena banjir kilat, pada masa itu saya baru je memulakan percubaan menternak ayam kacuk sebanyak 200 ekor. Saya telah membuat lapuran/aduan bertulis kepada pemaju lebuhraya tersebut dan salinan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia serta membuat tuntutan pampasan gantirugi sejumlah wang bagi kerugian yang dialami. Hasil rundingan dengan pehak Sub-Kontraktor, kami bersetuju dengan penyelesaian yang dicadangkan dimana kedua-dua pehak dalam keadaan 'win-win situation'. Sebagai balasan kepada kerugian yang dialami, pehak sub-kontraktor bersetuju untuk memberi tanah terbuang untuk menambak seluruh tanah kebun tersebut. Setakat pada masa ini, bahagian hadapan tanah/kebun telahpun siap ditambak.
Pada bulan Ramadan yang lepas, pehak sub-kontraktor datang sekali lagi dan berjanji akan menyambung penambakan bahagian belakang selepas 15 Syawal. Insyallah, selepas penambakan selesai, saya akan mendirikan reban di kawasan baru untuk anak-anak ayam yang baru belajar turun tanah dan untuk pembesaran(jika diizinkan Allah). Kawasan sedia ada akan ditukar hanya untuk induk-induk ayam kerana mereka tahu membawa diri untuk menyelamatkan diri masing-masing jika hujan atau banjir. Ia akan mengambil masa juga sehingga tanah yang ditambak kering dan keras. Selepas dari itu, tidak timbul masalah banjir kilat dan anak-anak ayam akan selamat dikawasan tempat berteduh yang akan dibina nanti. Keseluruhan projek ini saya ramalkan akan mengambil masa setahun dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan kewangan.

Pemandangan persekitaran kawasan reban semasa
paras air paling tinggi.

Laluan kereta dan kawasan reban dilanda banjir kilat

Kawasan reban didik juga tenggelam sehingga 6 inci. Tempat ini adalah yang paling rendah. Tidak sesuai untuk dijadikan reban pembesaran. Ini adalah tapak permulaan projek ini dilaksanakan dengan mencuba 200 ekor ayam kacuk.

Kawasan reban pembesaran turut tenggelam sehingga buku lali. Pallet kayu disediakan sehari sebelum banjir untuk anak ayam bertenggek. Hanya satu kematian sahaja. Yang lain semua selamat setakat ini. Tapi riuh rendah anak ayam ini kerana kelaparan. Makanan tidak dapat diberikan kerana kawasan basah. Anak-anak ayam ditangkap dan dimasukkan kedalam reban. Hanya satu reban sahaja yang anak-anak ayam dah pandai masuk reban untuk tidor. Yang lain masih 'under training' lagi.

Sebelum diratakan. Penuh dengan longgokan tanah terbuang.

Kawasan depan yang telah siap ditambak dan diratakan. Kawasan ini tidak akan digunakan bagi tujuan projek ini. Reserve untuk kegunaan tuan tanah dimasa hadapan.

Kawasan ini akan ditambak tak lama lagi. Perancangan saya adalah untuk mendirikan reban-reban pembesaran dan juga tempat berteduh untuk ayam-ayam yang sedang membesar. Sebahagian pagar di sempadan tanah bersebelahan dan hadapan telah pun siap dipasang jaring dan zink. Kawasan ini luas, mungkin 150' x 200'. Banyak reban boleh boleh dibina untuk menempatkan ratusan ekor ayam dewasa. Tapi tak tahu bila nak mulakan, bergantung pada faktor kewangan dan masa. Tapi, saya akan buat perlahan-lahan mengunakan apa saja bahan yang sedia ada untuk memulakannya. Bila dah mula, ada semangat dan keazaman untuk menyiapkannya walau pun mungkin lambat dan perlahan.

Kawasan ragut/tempat ayam bersiar yang akan ditambak tak lama lagi. Jika ada rezeki dan projek ayam kampung asli ini berjaya, saya akan dirikan reban tertutup untuk membela ayam kampung kacuk bagi memenuhi permintaan dimasa depan. Benih ayam kacuk takde masalah, order je berapa banyak yang kita hendak bela. Dari pengalaman lepas, ayam kacuk tak boleh main-main, kena serius dari segi kebersihan, keselesaan, ubat-ubatan dan pemakanannya. 45 hari pertama takde masalah, tetapi selepas itu, macam-macam penyakit pun mula mencabar kekuatan dan kesabaran mental penternak.

Pada hari khamis(16/9), sempat juga saya menyiapkan bumbung untuk reban asuh yang sebelum ini hanya menggunakan kanvas sebagai bumbung. Tiga anak saya membantu untuk meringankan tugas membina bumbung. Tak banyak kerja perlu dibuat. Tiang pagar sediada dijadikan tiang untuk bangunan reban ini. Saya dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa 4 jam sahaja. Reban ini digunakan untuk menempatkan anak ayam yang sedang diasuh. Kawasan tanah akan digunakan untuk menempatkan induk-induk diwaktu banjir kilat kerana tanah ini yang paling tinggi(bekas longgokan tanah gali perigi).


Sebelum upgrade, pakai bumbung kanvas. Kawasan tanah akan basah dan becak. Tidak sesuai untuk pembesaran anak-anak ayam yang baru belajar turun tanah.

Bumbung kawasan reban asuh/pembesaran selepas di upgrade bumbung kekal. Tanah akan sentiasa kering dan bersih, mudah diselenggara. Anak ayam tidak kesejukan kerana terkena air hujan.

Tapak ini akan saya dirikan sebuah lagi reban pembesaran berukuran 6' x 16' dengan kawasan berpagar 10' x 16'. Kawasan ini juga agak tinggi. Mungkin esok(18/9) saya akan mulakan pembinan. Dijangka siap dalam masa satu 2 hari je.

Update(18/9) - Reban dah mula dibina seawal jam 10 pagi. Anak-anak hanya bantu hulur zink je. Siap berbumbung pada jam 3 ptg.


Mula kerja pada pukul 11 pagi

Tahap pembinaan pada jam 12 tengahari. Saya gunakan kaedah pembinaan paling simple dan cepat. Seorang pun boleh buat kerja. Tiang reban juga dijadikan tiang pagar, dapat jimat bahan binaan.

Naik bumbung pada jam 1.30 tgh.


Siap pada jam 2.45 petang. Tinggal buat pagar tepi dan depan serta lantai/para untuk ayam rehat/tidor. Bab kerja lain-lain tu senang je, bila-bila ada masa boleh buat dan kerja pun dikawasan dah redup.


Tempat ini juga akan didirikan sebuah lagi reban asuh berukuran 8' x 30'. Kawasan ini rendah, tak sesuai untuk anak ayam belajar turun tanah dan pembesaran. Jangka mula pada hari Ahad. Yang penting, asas telah dimulakan, yang lain boleh buat bila ada masa. Bila dah ada kerangka, kita akan usahakan untuk menyiapkannya.

Mutiara kata yang dipegang untuk menjayakan sesuatu projek.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.
Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal.
Plan what u do, Do what you plan.
Berpantang mengalah sebelum mencuba.
Jika tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.
Alang-alang menyelok pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Usaha tangga kejayaan.

Boleh pakai ke..........semua diatas tu?



2 comments:

  1. err klau boleh nk copy paste mutiara kata tue boleh bang? semua tue tue boleh pakai...my fav yg last tue..mmang jd pegangan sy tue

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah dapat ilmu...terima kasih kepada abg yg tulis blog ini...
    insyaallah sye akan jadikan panduan dan doakan kejayaan sye sebagai penternak baru k..
    Memang Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama dan Jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.
    membujur lalu melintang patah,lawan tetap lawan, lawan sampai jadi penternak JUTAWAN...Insyaallah Aminnnnn...
    Akhir kata,sebagai renungan semua.."jatuh itu biasa,bangkit dari kejatuhan itu luar biasa" & "failed is the mother of sucsess" jadi usahalah sehingga berjaya...

    ReplyDelete