Monday, June 21, 2010

TELOR AYAM KAMPONG TAK ORI

Semasa cuti-cuti MC, sempat juga saya membuat survey mencari bekalan telor untuk di eram. Saya singgah kat warung berdekatan reban dan bertanya dimana boleh dapat bekalan. Tiba-tiba seorang pelanggan memberitahu dengan yakin kepada saya bahawa warung jual nenas kat simpang ada banyak bekalan sampai 4-5 papan. Seonoknya tak terkata, saya terus pergi ke warung tersebut, dan sah memang ada banyak lagi. Saya tanya dia, mana dapat telor tu.. dia jawab dari Kuala Selangor, ada pembekal yang kutip-kutip dari orang kampong. Saya tengok memang macam telor kampong(ayam kampong badan besar).  Mendengar kenyataannya itu, saya begitu yakin dan terus cuba 2 papan. Tambahan pula dia memberi kenyataan, ada orang beli dan boleh menetas.

Datang perasaan tamak, untuk menambahkan lagi bilangan telor tersebut. saya beli lagi 3 papan dan masuk dalam incubator. Selang semingu, saya melawat kewarung tu lagi, ada lagi telor tetapi dia kata dari orang sijangkang(kawasan Telok Panglima Garang juga). Oleh kerana asalnya dari orang kampong, saya yakin telor ini mesti ori juga. Saya beli kesemua 3 papan dan terus masuk dalam incubator

Selepas 5 hari, saya buat candling telor dari Kuala Selangor  yang 5 papan tu, haprah... takde satu pun yang menjadi. Tak sedap hati, saya tengok selepas 7 hari... sah kena tipu.  Saya dapat buat kesimpulan, telor ini adalah telor ayam kampung yang diberi makan dedak telor dan dibela didalm sangkar bateri(patutlah telornya bersih gile). 

Selepas 5 hari telor yang dikatakan dari Sijangkang tu, ada sedikit harapan.. nampak darah dalam beberapa biji telor. Wah, sedap hati sikit. Saya candling lagi selepas 7 hari, memang ada sebahagiannya berdarah dan sebilangan lagi tak berbenih. Telor yang ini saya tak dapat nak pastikan macam mana tuannya bela ayam tu. 

Pening kepala saya nak buat apa dengan telor sebanyak tu. Saya pun dapat idea, padamkan tarikh menetas(nasib baik pakai pensil) dan saya jual kat kedai yang jual telor kampung separuh masak. Dapatlah lepas 3 papan. Bakinya saya bagi Ustaz yang mengajar anak-anak Taman Satria satu papan, bagi Mertua di Tg malim 2 papan. Gembira mereka.

Saya tak percaya lagi kat telor kampong tak ori tu. Rupa-rupanya ada orang yang ambil kesempatan atas populariti telor kampong untuk menipu orang ramai dengan bekalan telor tak asli tu. Mereka kaut untung besar dengan menipu orang ramai sebab harga tolak kedai dah dapat 50 sen - 60 sen.  

Jadi berhati-hatilah jika terdapat telor kampong dalam kuantiti besar, jangan percaya 100%. Kalau nak cuba juga, beli 10 biji dulu dan test. Itu yang terbaik tetapi ambil masa 5-7 hari untuk dapat keputusannya.


No comments:

Post a Comment