Monday, June 21, 2010

LAMA TAK MENULIS - KENA CHICKEN POX

Sebenarnya lama saya tak menulis adalah kerana saya cuti sakit selama sebulan, kena chicken pox. dah tua-tua ni baru kena, lama nak pulih. Teruk saya kena, muka, dalam rambut, dada, belakang dan peha. Pada peringkat mula kena, 2 hari tak dapat tido menahan sakit dan gatal yang amat sangat didalam rambut. Tido pun dalam keadaan duduk, rambut tak boleh terhimpit, sakit gile. Tido pun atas kerusi malas. 2 minggu tido kat luar rumah, tak nak berjangkit ke anak-anak dan isteri. Muka saya tebal, kasar macam kulit pari. Aduh.... tak boleh dikenang.

Tapi, dalam sakit dan cuti saya ambil kesempatan juga repair reban. Tapi dah lepas 2 minggu kena, dah reda cuma tunggu kulit bersih. Ada juga untungnya dah tua-tua kena, dapat cuti sakit lama. 

Dalam masa cuti sakit, saya sempat juga membuat beberapa upgrading pada reban saya. 

Berikut adalah antara kerja-kerja yang sempat saya buat.

1.   (30/5 - 6/6) - Memasang pagar sekeliling kebun 2 ekar dengan orkid net untuk mengelak serangan anjing pada waktu siang dan malam dan sebagai perimeter/boundery untuk ayam berlegar-legar mencari makanan tambahan seperti serangga dan meragut rumput. Memang penat gile, maklumlah... sorang je buat kerja. Jaring itu diperkuat dengan memasang dawai kasar dan diikat dengan cable tie dan dipasak ketanah supaya anjing tidak dapat menyelinap masuk.  sebanyak 5 roll beli baru dan bakinya dari peneduh kolam ikan keli. dapatlah jimat sikit belanja. kayu 2x2 second hand digunakan sebagai tiang. dimasa akan datang, kalau ada budget, nak ganti dengan tiang besi dan link fence hijau setinggi 8 kaki. tapi tak tahu bila.... Apapun, keadaan sekarang lebih baik dari sebelumnya. Ini lah kerja yang paling besar dan ambil masa seminggu untuk disiapkan.

2.    (7/6 - 9/6)  - Membuat reban baru untuk bakal-bakal anak ayam yang semakin membesar sebagai tempat tido. saya gunakan baki kayu-kayu tiang yang ada dan selebihnya dari kayu second hand yang dibeli dari wak azinan. bumbung guna baki zink kilang wak seroji punya. Habis semua kayu dan zink yang terbiar sebelum ini saya kerjakan. untuk masa mendatang, semua barang kena beli baru atau second hand.

3.     (10/6 - 11/6) - Memasang lantai pvc dan dawai dinding untuk reban asuh yang tertangguh sekian lama. Tinggal bahagian depan dan pintunya belum siap lagi.

Itu lah kerja-kerja yang dapat saya buat sepanjang cuti sakit sementara menunggu kulit sembuh dan bersih sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment