Saturday, June 26, 2010

HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP SAMPAI MATI

25/6(Jumaat) - Saya sangat gembira semalam(khamis) apabila kutipan telur tiba-tiba saja meningkat kepada 18 biji. Pada petang Jumaat selepas kembali  dari ofis, seperti biasa saya mengutip telur dan memberi makan ayam-ayam direban. Dapat 13 biji, kira ok sangat tu dan terus saya masukkan dalam plastik. Tidak seperti biasa(plastik telor digantung pada motor atau pagar), saya letakkan telor tu kedalam sangkar telor. Selepas memberi makan,  kelihatan seekor ibu ayam terkurung didalam kandang reban anak ayam kampung yang baru turun tanah. Saya tangkap dan lepaskan. Saya beri makan anak-anak ayam pula. Saya kembali ketempat telor tadi, kelihatan ibu ayam yang dilepaskan tadi sedang berada diatas sangkar berisi telor tadi. Saya sangkakan ia nak bertelor, rupa-rupanya dia menyelongkar plastik telor dan mematuk dan memakan telor-telor tadi. Saya halau dan saya periksa telor-telor tadi, amat malang 3 biji retak, 2 dimakan dan satu pecah. Saya buang ketanah dan kelihatan ibu ayam tadi amat rakus memakan telor yang saya buang tadi.  

Maka terjawab lah misteri sebelum ini dimana telor-telor umpan bertanda x yang saya letakkan disemua sangkar banyak yang hilang tanpa kulit. Maka tahulah saya jawapannya sekerang. Rupa-rupanya ibu ini memakan telor-telor didalam sangkar. Patutlah kutipan telor sangat kecil, kusangkakan ibu berehat, rupanya ibu ayam ini yang memakannya sepanjang saya berada di ofis hingga 6 ptg. Saya tangkap ibu ayam tadi, dengan perasaan geram, ku tampar-tampar kepala ayam tu. Lepas tu terus aku jatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, ikut mana perlu. Saya ceritakan lah pada anak-anak, barulah mereka cerita bahawa sebelum ini mereka ada nampak ibu ayam tu buat perangai jahat tu. Tapi mereka tak cerita pada saya. Semuga peristiwa tadi dan tankapan 'red handed' tu, semua ibu ayam akan merasa selamat untuk bertelur disangkar-sangkar yang disediakan. Namun buat masa 2 hari ini, nampaknya ayam-ayam banyak bertelur didalam sangkar-sangkar tertentu yang menjadi favorite mereka. Lantaklah, asalkan engkau nak bertelor daripada bertelor didalam semak.

26/6(Sabtu) - Selepas beberapa ekor ibu ayam dan bapak ayam mati kebelakangan ini secara tak bersebab, saya membuat keputusan untuk memberi antibiotik serbok merah kepada semua ayam-ayam. Pagi-pagi lagi saya pergi Banting untuk membeli Vitamin dan Antibiotik. Tapi malang sekali, Proton Wira saya overheating dan hanya disedari selepas sampai Banting. Saya isi air semula dan cap tangki air dilonggarkan, saya terus pulang untuk repair di bengkel uncle saya di kampong. Dia periksa, rupa-rupanya water pump bocor  dan blower fan tak jalan secara auto.  Saya repair/machine sekali disc brake yang dah atk baik(bergegar steering semasa tekan brake). Bulan ini habis duit repair kereta  lebih RM 1000. Tukar tayar dan rim RM680, Alignment, balancing dan adjust custer RM 260, tukar linkage arm belakang RM100, tukar absorber depan RM220, alignmnet semula, upah pasang absorber, ganti rubber boot absorber, nut ikat lingkage arm, upah tukar lingkage arm salah pasang, habis RM 180.  Wow.... banyak tu. Nasib baik dapat payment jual atap RM 5850. Lapang kepala. Ini belum kira lagi upah repair kereta over heating. Water pump je dah RM55, yang lain belum tahu lagi..

Balik ke reban, terus buat operasi cuci semua bekas air dan diganti air baru dicampur vitamin  dan antibiotik kepada semua ayam-ayam besar dan kecil. Semuga usaha dan ikhtiar ini dapat menyelesaikan masalah sakit pernafasan, stress, dan mati tak bersebab yang tak diketahui. Selebihnya saya berdoa saja kerana pehak jabatan vetriner tidak dapat menjelaskan sebab musababnya.

Petang nya, telor-telor dikutip berjumlah 24 biji, terkejut saya kerana ini adalah rekod paling tinggi sejak mula kutip telor. Baru-baru dulu, boleh mencecah 18 biji, kemudian terus menurun sehingga 3 biji dan adakalanya 0 biji. Semuga dengan tertangkapnya penjenayah curi telor tu, prestasi kutipan telor saya terus meningkat atau diparas yang baik sekitar 15-20 biji, kira bagus sangat tu.

Lega hati rasanya dah buat apa yang perlu. inilah pengalaman yang perlu dilalui oleh penternak sebelum berjaya.  Semuga aku berjaya menjadi penternak ayam kampong asli yang boleh mengeluarkan ayam untuk dijual 500 ekor sebulan. Kira banyak tu, jika RM20 seekor, dekat RM10,000 tu.. wow..... untung besar tu.

No comments:

Post a Comment