28/6 - Hari sabtu dan ahad lepas, takt banyak dapat dilakukan kerja direban. Hari sabtu cuci semua bekas air untuk buat treatment antibiotik. Ahad pula hanya dapat baut lantai dawai pada reban yang tak siap-siap sejak mula projek dulu. Tapi telah tiba masa ianya perlu disiapkan kerana anak-anak ayam bakal menetas akan mengisi reban ini sebagai reban asuh.
Semalam dah bangun pagi dan terus sarapan dikedai nenek kat rumah. Tiba-tiba anaknya tanya saya, "bang, mana atap alang?". Baru saya teringat dia ada buat pesanan untuk beli 50 keping atap lalang. Saya pun bergegas untuk menguruskan pengangkutan. Teringat gerabak wak, sebab setakat 50 kpg, tak de masalah, tetapi tayarnya pancit. Terpaksa repair dulu dan kerja selesai dah dekat tengahari. Mood kerja dah hilang. dekat pukul 2 baru boleh mula kerja buat reban. Pelan-pelan je saya buat sebab takde apa yang perlu diburu, ayam pun lama lagi.
Petangnya saya balik cepat sebab nak pergi kenduru kawin di Dewan Perdan Felda. Anak sepupu kahwin. Malam tu saya gunakan GPS yang baru dibeli. Memang mudah sekarang dengan teknologi yang ada. Sampai rumah terus tukar moto kereban untuk bagi makan ayam.
Sekarang ini, saya amalkan beri makanan ayam pada malamnya suapaya ayam bangun tido nanti, makanan telah disediakan. Jadi cepat kenyang dan yang betina yang bertelor terus masuk sangkar. Mungkin cara ini baik untuk diri saya kerana tak perlu tergesa-gesa bangun pagi untuk urus hal ayam dan baik untuk ayam kerana cepat makan. Ada kemungkinan faktor ini juga menyebabkan ayam banyak bertelor dan ditambah pula faktor makanan yang baik seperti ikan bilis yang tinggi kandungan kalsium untuk telor.
Malam nya, saya terus masukkan telor yang dikumpul sebanyak 108 biji. 81 biji dari reban, bekalan acheh 20 biji, wak lain 19 biji. Kira cukup bangus sangat sebagai seorang junior didalam bidang penternakan. Saya cadang nak beli induk betina lagi sebanyak 10 ekor dari Cikgu Ajil 'ayam opah'. Ayam dia memang bagus, ori yang jenis badan besar. Jadi telornya besar, anaknya pun besar dan badannya pun cepat lah besar.
Semalan saya adjust tempat telor baru ditepi dinding reban asuh yang dah siap dipasang dinding dan lantai dawai baru. Semuga kau gembira mendapat tempat yang baru.
Reban sebelah kanan yang ada bekas makanan kuning adalah reban yang saya pasang dawai lantai dan dinding. Rangka lantainya dibuat dari frame tingkap naco yang disambung sebanyak 3 frame. bahan ini adalah bahan yang terbiar selama 12 tahun. Panjang nya hampir 20 kaki dan lebar 4 kaki. Saya bahagikan kepada 3 bilik supaya dapat menampung anak-anak yang berlainan batch untuk mudah mengawal dan elak perebutan makanan oleh ayam yang lebih dewasa.
Kesemua reban dah siap lantai dan dinding keliling. Tingga buat pintu depan je. Saya suka buat pintu besar yang dibuka dan sangkutkan keatas. Luas dan mudah untuk mengurus anak ayam. Mungkin minggu ini boleh siap sepenuhnya, Insyaalah.
No comments:
Post a Comment