Monday, August 16, 2010

LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN SERANGANPENYAKIT

Lama juga rasanya tak update blog...tapi saya banyak membaca blog rakan2 ternak yang lain samada di Malaysia atau luar negara..sekadar menambah ilmu pengetahuan. Akhir2 ni kita digemparkan oleh serangan sampar yang mengakibatkan kerugian besar kepada rakan ternak. Untuk kebaikan kita sendiri, buatlah apa-apa tindakan perlu mengikut cara sendiri atau dari petua-petua amalan orang lama untuk mencegah penyakit ini dari menular kereban masing-masing. Yang penting, jauhkan tindakan yang berbentuk syirik kerana akan merosakkan aqidah kita sebagai muslim.

Bagi diri saya, tindakan yang telah saya ambil sebelum ini untuk mencegah(prevention) antaranya adalah:
a) membersih kawasan reban dari sampah sarap dan tahi-tahi ayam direban secara berkala.
b) menyembur pembasmi kuman (disinfectant) ke seluruh kawasan & reban secara berkala.
c) memberi vitamin dan antibiotik secara berkala dan konsisten.
d) memberi vaksin NCD kepada setiap ekor ayam - anak dan induk setiap 3 bulan sekali.
e) membakar ayam-ayam yang mati dengan dapur gas high pressure.
f) mengasingkan ayam yang sakit ke reban khas untuk rawatan dan pemantauan.
g) membakar ayam yang tiada harapan sembuh selepas disembelih.
h) membersih semua bekas minuman sentiasa setiap hari sebelum diganti air baru.
i) sentiasa memberi air minuman bersih dan makanan baru setiap hari.
j) bekas makanan untuk anak ayam ditutup supaya tahi tidak jatuh dalam makanan.
k) mengasingkan anak-anak ayam dan ayam dewasa dikawasan reban lain.
l) membersihkan sangkar/sarang tempat bertelor secara berkala dgn mendiang api dan menukar bahan lapiknya.

Tapi kalau dapatlah, berilah vaksin seperti berikut agar ayam-ayam terlindung dari penyakit.
1. doc-1hari - vaksin NCD+IB untuk penyakit sampar ayam dan pernafasan ayam
2. 7hari - NCD
3. 1bln -NCD
3. 5mggu - fowl pox
4. 3bln-NCD + IB + Cholera
5. 6bln - NCD Booster

Apa yang kita lakukan adalah setakat usaha yang termampu. Penternakan ayam kampong memang akan menghadapi masalah serangan sampar/virus tertentu kerana ayam kita akan hidup beberapa tahun didalam reban yang sama sebagai induk. Tidak sama dengan ayam daging, yang mengamalkan penternakan secara 'once in, all out'. Dalam keadaan inilah penyakit-penyakit boleh menular samada secara bawaan fizikal atau bawaan genetik. Setelah semua usaha termampu dilakukan, terserahlah pada nasib kita. Kematian memang tidak dapat dielakkan. Adakalanya mungkin kerana ajalnya dah sampai. Seperti manusia juga, ajal pasti tiba masanya.

Idea yang dikemukakan oleh Citypull baru-baru ini didalam blognya amat saya sokong dan kalau dapat disegerakan pelaksanaannya. Kita patut segera mendaftarkan diri ke facebook yang dianjurkan oleh NZH untuk mudah dibuat tindakan yang perlu oleh penganjur kita -NZH.

Ada 2 cara untuk membantu rakan ternak yang menimpa masalah. Pertama, seperti cadangan Citypull iaitu memberi sepasang induk atau yang termampu untuk memulakan semula projek. Bantuan bentuk ini mungkin hanya sesuai untuk ternakan ayam kampung yang murah, tetapi bukan untuk ternakan unggas exotik yang mahal-mahal tu(seperti telah di komen sebelum saya update tajuk ini). Atau, yang kedua, menderma dalam bentuk wang secara iklas bagi mereka yang jauh dari kawasan mangsa atau untuk penternakan unggas exotik . Dengan cara ini, manafaat yang diperolehi oleh mangsa adalah menyerupai derma kilat yang bertujuan untuk:

a) membantu meringankan masalah kewangan dalam menghadapi bencana yang berlaku.
b) membantu memulakan semula projek dengan pantas setelah tiada penyakit lagi. ini dapat mengelakkan kehilangan atau penurunan semangat/momentum rakan penternak tersebut.

'PREVENTION IS BETTER THAN CURE'

Sama-samalah kita fikirkan



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

3 comments:

  1. bagus jugak cadangan abe pull tu..tapi takut orang tak nak pula or ada pihak yang amik kesempatan..yeler..kiter beli anak pon dah jejak rm 5oo ke atas sepsang..

    ReplyDelete
  2. Salam, Try bagi ubat selsema kita http://ayam--siam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya dulu bagi paracetamol.. ok jugak.. letak dalam pisang, paksa taruk dalam mulut supaya dia telan.. tapi kalau ayam banyak..tak larat jugak nak buat/..

    ReplyDelete