Sunday, August 8, 2010

KELEMAHAN & KEBAIKAN THERMOSTAT C.A.E.M DAN RAINBOW

7/8 - Hari ini saya nak buat perbandingan kelemahan dan kelebihan diantara thermostat C.A.E.M dan Rainbow. Kedua-dua thermostat mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Ini adalah hasil pengalaman dan pengamatan sejak mula menggunakan incubator. Saya menggunakan beberapa unit kedua-dua jenis thermostat didalam incubator buatan saya. Jika ada perbezaan pendapat dengan orang lain, mungkin mereka juga betul dengan pandangan mereka. 

C.A.E.M

Kelebihan

a)   Mempunyai julat suhu diantara 0-40 darjah Celcius, sangat sesuai untuk tujuan kegunaan incubator. Kurang risiko overheating.

b)    Julat suhu "cut-in" dan "cut-off" yang sangat baik. Boleh dilaras pada suhu yang dikehendaki dengan perbezaan diantara 0.5 - 1 darjah Celcius diantara mentol padam dan menyala.


Kelemahan

a)     Harga yang mahal. Diantara RM60 - RM100, bergantung kepada kawasan.

b)    Sukar diperolehi didalam pasaran. Bekalan tidak menentu. Didapati hanya dari pembekal melalui internet. Telah di "uplift" harga mengikut suka pehak penjual. Tidak diketahui harga sebenar pemborong.

c)   Boleh berlaku keadaan dimana thermostat tidak "cut-off" dan suhu didalam incubator meningkat sehingga merosakkan telor.

d)      Ada juga bekalan diterima tidak mencapai suhu dikehendaki, hanya mencapai 35 C.



RAINBOW

Kelebihan

a)    Harga murah, sekitar RM35 - RM45.   

b) Mudah didapati dipasaran di bandar-bandar kecil dikedai-kedai yang menjual sparepart eletrik. Thermostat ini sebenarnya untuk kegunaan memanaskan makanan direstoran.

c)  Tahan lasak, jarang sekali berlaku kerosakan. Kalau rosak, faktor usia, mungkin masa yang lama selepas digunakan.

d)   Sangat sesuai untuk incubator satu tray. W/bagaimanapun masih berfungsi untuk bertingkat-tingkat.

Kelemahan

a)   Julat suhu udara pada "cut-in" dan cut-off" adalah besar sehingga 4 darjah Celcius. Mengambil masa yang lama untuk lampu/pemanas hidup semula, sehingga 10 minit, bergantung kepada sais incubator. Ini menyebabkan suhu didalam telur berubah-ubah dengan perbezaan sehingga 1 darjah Celcius, kurang baik untuk pembesaran embryo. Mungkin ini adalah punca % penetasan yang tidak menentu dan rendah.

b)   Tidak berapa baik untuk incubator "multi tray" atau melebihi satu para yang menggunakan "still air" kerana taburan suhu telor adalah berbeza dengan agak ketara, sehingga 2 darjah Celcius diantara tray paling atas dan paling bawah. Bergantung kepada bilangan tingkat, semakin banyak tingkat, semakin besar perbezaan suhu telor.


TEKNIK MENINGKATKAN PRESTASI RAINBOW(MENGECILKAN JULAT "CUT-IN" & "CUT-OFF".

Setelah 4 bulan menggunakan incubator dengan thermostat C.A.E.M dan Rainbow, saya membuat keputusan menggunakan thermostat Rainbow didalam incubator baru saya yang convert dari almari baju(Pak Teh gelar sebagai "Incubalmari" - lawak tu). 


Sebelum membuat keputusan menggunakan thermostat Rainbow setelah saya membuat penilaian kelebihan dan kelemahannya. Setelah dipasang, saya membuat beberapa ujikaji dan "test run" selama beberapa hari untuk melihat prestasi Rainbow didalam "incubalmari" saya tu sebelum digunakan. Maklumlah, pertaruhannya bukan kecil. Kalau tak berfungsi seperti diharapkan, alamatnya beratus-ratus telor ayam akan berada didalam risiko besar jadi rosak atau % penetesan yang rendah. Saya cuba untuk mengurangkan faktor kelemahan incubator yang didalam kawalan manusia yang menjadi punca % penetasan yang rendah. Ujikaji dan ujian saya lakukan dengan penuh sabar agar hasilnya nanti adalah yang terbaik. Data-data dicerap dan di analisa.


Hasil dari ujikaji yang dijalankan menggunakan thermostat Rainbow  keatas "incubalmari 10 tingkat" adalah tidak memuaskan. Catatan taburan suhu telor adalah tidak sekata dengan perbezaan sehingga hampir 1.5 darjah Celcius diantara tray paling atas dengan tray paling bawah. 


Perbezaan suhu udara adalah macam biasa, iaitu 4 darjah Celcius.


*Catatan - suhu telor adalah diukur dengan cara memasukkan thermometer "probe" kedalam bekas kecil(botol Vitagen) berisi air paip di kedudukan tray atas, tengah dan bawah. Suhu air ini dianggap sebagai suhu didalam telor(kerana kita tak boleh masukkan probe ke dalam telor).


Berita ini(perbezaan suhu sehingga 1.5 darjah C) adalah berita tidak baik untuk telor kerana ada telor akan sangat panas(tray atas sekali), suhu sesuai(tray tengah) dan suhu rendah(tray paling bawah). Ini mungkin faktor penyebab ada telor menetas terlalu awal(lebih panas), on time atau over due. Paling terok, suhu yang berubah-ubah mungkin penyebab utama embryo mati diperingkat pertengahan atau dipenghujung sekali gus menurunkan % penetasan.




Entah macam mana, saya diberi ilham oleh Allah untuk meningkatkan performance Rainbow yang julat suhu "cut-in" dan "cut-off" lazimnya adalah sebanyak 4 darjah Celcius. Teorinya begini, thermostat Rainbow mengambil masa yang lama untuk cecair raksa menyejuk menyebabkan julat suhunya adalah 4 darjah Celcius. Ini lah kunci masalah utama yang perlu diselesaikan. Cabarannya adalah untuk mengurangkan julat suhu tersebut seberapa yang termampu dengan menggunakan peralatan/barang-barang yang ada dipasaran.


Untuk mengurangkan julat suhu, saya telah menggunakan pam akuarium (dua saluran udara) yang sebelum ini digunakan sebagai pembekal udara segar dan meningkatkan % humiditi udara didalam incubator. Pam ini digunakan untuk menyejukkan thermostat "bulb"(benda yang macam pen dihujung "capillary tube" thermostat). Apabila udara dipaksa melalui keliling "bulb" tersebut, ia akan menyejukkan dengan cepat cecair raksa didalamnya. Cabarannya adalah bagaimana untuk menyalurkan udara tersebut dengan berkesan tanpa diganggu oleh udara panas didalam incubator itu.


Inilah yang saya katakan tadi, ilham dari Allah. Saya menggunakan  hos paip pvc bersais 1" untuk "mengurung" thermostat bulb yang dimasukkan kedalam hos tersebut dengan satu hujungnya terbuka, manakala hujung yang lagi satu untuk memegang bulb(tertutup - udara hanya boleh masuk dari satu arah saja) - lihat gambar dibawah





Dengan cara ini, semasa lampu/pemanas hidup, thermostat akan berfungsi seperti biasa untuk mengukur suhu udara yang dipanaskan oleh mentol/pemanas sehingga suhu yang diset untuk "cut-off". Pada masa ini, pam akuarium "off". Dengan cara ini, suhu udara didalam incubator masih dikesan oleh thermostat bulb seperti biasa.


Setelah suhu untuk "cut-off" tercapai, lampu/pemanas akan padam dan pam akuarium akan berfungsi mengepam udara segar/sejuk dari luar kedalam hos dan menyelimuti seluruh bulb sambil mempercepatkan penyejukan raksa. Udara panas didalam incubator tidak memberi kesan kepada bulb kerana udara panas tidak dapat masuk kedalam hose pvc tersebut disebabkan oleh tekanan udara luar yang di pam masuk kedalam hos tersebut. Dengan cara inilah prestasi thermostat rainbow dapat dipertingkatkan. Sebelum ini, julat suhu adalah 4 darjah Celcius. Selepas menggunakan teknik ini, julat suhu menjadi 1.1 - 1.2 darjah Celcius. Ini memberi kesan yang sangat baik kepada suhu telor dimana julat suhu didalam telor adalah 0.3 - 0.5 darjah Celcius sahaja. Berita sangat baik untuk telor.


Walau sebagaimana baik hasil ujikaji ini, jawapannya akan diketahui setelah semua 500++ telor yang ada didalam incubator lama dipindahkan ke "incubalmari" ini. Satu pertaruhan yang amat besar. Tetapi jika lain-lain faktor dapat dielakkan, saya begitu optimis bahawa % penetasan dijangka lebih baik dari sebelum ini. Insyaallah. Jika diizinkan Allah perkara ini menambah baik % penetasan, maka bolehlah semua pembuat incubator mencuba teknik ini. Semuga semua mendapat faedahnya.






TEKNIK MEMBAIKI TABURAN SUHU YANG LEBIH SEKATA


Untuk incubator yang bertingkat-tingkat seperti 'incubalmari" manual saya tu, saya telah membaiki taburan suhu dengan perbezaan suhu yang kecil(0.5 darjah Celcius) diantara tray teratas dan tray paling bawah 


Tekniknya adalah dengan cara menyedut udara panas di tray teratas sekali dan disalurkan ke bawah oleh kipas melalui saluran udara yang dibina didalam incubator. (Udara panas akan lebih minat berkumpul diatas). Dengan cara ini, udara panas akan melalui telor-telor yang berada di semua tray dari bawah ke atas. Perbezaan suhu telor yang dicatit adalah sekitar 0.3 darjah Celcius diantara tray teratas dan tray paling bawah. Kira bagus sangat tu. Lihat gambar kipas penyedut udara seperti dibawah.


Kipas berfunsi sebagai penyedut udara panas.
Panel plywood adalah saluran udara.


Beginilah rupa 'incubalmari" yang telah berfungsi.


Pada hari kamis dan jumaat(5-6/8), saya membuat kerja-kerja menyiapkan reban didik. Alhamdullilah, semua kerja menyiapkan pintu reban didk telah siap dan berlampu. Berjaya juga akhirnya




Pada hari sabtu(7/8), saya telah memulakan kerja-kerja memasang zinc terpakai disekeliling kawasan kebun untuk mengelak kemasukan pemangsa seperti anjing atau biawak.  Kerja-kerja banyak dapat dilakukan dan kemajuannya adalah memberangsangkan. Saya akan sambung lagi pada hari ahad.  Dengan pemasangan zinc ini, anjing tidak dapat menceroboh dan biawak juga tidak dapat memanjat. Semuga saya dapat tidor dengan senang hati walaupun pintu pagar reban-reban tidak berkunci, asalkan pintu besar telah ditutup.


Sekian..



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

5 comments:

  1. salamualykum,sya zainal dri sabah,i nak tanya ckt ni soal pemasangan atau wiring air pum?mati lampu hidup air pum,hidup lampu mati air pum,sama cam kta buat tu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih Tuan, sangat membantu masalah saya. Semoga Allah memberkati Tuan dan projek Tuan. Amin

    ReplyDelete
  3. Mohon keizinan share tip ini https://www.facebook.com/puyuhAgro

    ReplyDelete
  4. Mohon pencerahan penyambungan daripada Rainbow ke elektrik dan mentol.

    ReplyDelete