Wednesday, August 11, 2010

WABAK SAMPAR MENYERANG LAGI

11/8 - Saya dikejutkan dengan berita yang paling ditakuti oleh penternak-penternak - iaitu sampar ayam selepas mebaca chat-box citypull dimana ayam opah telah diserang wabak tersebut. Dengan berita itu, saya terkenang kembali ada juga anak2 ayam batch 1, 2 dan 3 yang mati, tetapi 1 atau 2 ekor je selang bbrp hari menjadikan jumlah hampir 10 ekor juga. Tetapi ayam2 dewasa tiada apa2 terjadi kecuali 1 ekor dlm masa beberapa minggu. Jadi saya buat andaian bahawa wabak telah menyerang sedikit2. Tanpa berlengah masa, pada jam 12 tgh mlm juga saya terus ambil vacsin NCD untuk diberi kpd anak-anak ayam di reban didik kat rumah berjumlah 200++. Lepas tu terus kereban besar dan masukkan vacsin kedalam bekas minuman anak2 ayam yang belum pernah diberi immunisasi sebelum ini. Semuga tindakan ini tidak terlewat. Saya berdoa semuga ternakan saya dapat mengelak musibah ini. 

Ya Allah, jauhi lah penyakit2 ini dari menyerang ternakan ku. sesungguhnya ternakan ini adalah rezeki ku. kau selamatkanlah ternakanku dan kau tambahkan lah rezekiku.. AMIN   

Kepada rakan2 ternak yang telah ditimpa musibah ini, saya hanya mampu berkata "bersabarlah dengan dugaan ini" dan jangan putus asa. Teruskan perjuangan sebagai penternak hardcore. 

No comments:

Post a Comment