Kita sedia maklum, banyak sangat pemangsa kepada ayam dan telor ayam. Antaranya adalah anjing, ular, tikus, biawak dan monyet/kera. Tidak terkecuali juga pemangsa yang paling susah nak diatasi iaitu "monyet kepala hitam". Belbagai cara digunakan mengikut spesis untuk menangani masalah pemangsa ini. Antaranya adalah seperti berikut:
Anjing - pasang pagar/jaring dikawasan ladang/reban atau umpan beracun.
Ular - pasang pagar/jaring yang halus cukup tinggi keliling ladang/reban.
Tikus - pasang perangkap, bunuh je.
Biawak - agak susah penyelesaiannya. bagi umpan telur beracun/puradan.
Monyet/kera - agak sukar juga..mereka bijak. so ini ceritanya...
Kali ini saya tergerak untuk menulis satu lagi petua. Saya ada terbaca didalam beberapa buah blog rakan ternak yang menghadapi masalah telor di curi oleh monyet/kera dan spesis yang sama dengannya.
Petua ini saya dapat sendiri semasa saya melawat Bukit Malawati, Kuala Selangor yang ada rumah api tu. Diatas bukit itu memang banyak gila monyet jenis ekor panjang..anaknya cantik bewarna kuning semasa kecil. Agaknya supaya ibunya senang nampak kalau aanak merayau. Untuk pelancung berseronok dengan monyet-monyet tersebut, ada beberapa peniaga yang menjual makanan untuk monyet2 tersebut terdiri dari sayur kacang panjang dan kekacang lain. Monyet2 tu memang buruk perangai, sungguh berani untuk mengambil kacang walau pun didalam tangan atau didalam poket kita. Saya biarkan je, atas kepala saya pun dia panjat kalau letak kacang kat kepala. Yang hairannya, Peniaga2 kacang tu boleh meninggalkan jualannya terbuka je, tapi monyet tak datang curi...memang hairan. Saya tanyalah salah seorang peniaga tu, camne monyet tu tak ambil/curi kacang mereka. Senyum je abang tu jawab, dia kata letakkan ular getah dalam bekas atau atas motor, sah monyet tu tak akan rapat. Saya agak kurang percaya dengan penjelasannya tadi. Saya minta izin nak pinjam ular getah tu kejap, nak buat ujian. Saya sorok ular tu dalam poket, sambil bagi makan kacang kat monyet yang berebut-rebut tak kira usia. Apabila saya keluarkan je ular getah dari poket, bertempiaran lari memanjat pokok2 berdekatan. Saya acah-acah nak baling ular tu kat depa, lagi tinggi dan lagi jauh depa lari.
Kesimpulannya, ular getah diguna untuk menghalau monyet/kera bukan mitos lagi. Ia adalah benar dan sememangnya benar, melainkan yang benar sahaja. Mungkin ular adalah musuh tradisi monyet sejak zaman berzaman dan diturunkan secara genetik ke generasi yang baru.
Kesimpulannya, ular getah diguna untuk menghalau monyet/kera bukan mitos lagi. Ia adalah benar dan sememangnya benar, melainkan yang benar sahaja. Mungkin ular adalah musuh tradisi monyet sejak zaman berzaman dan diturunkan secara genetik ke generasi yang baru.
Jadi, kepada penternak yang mengahdapi masalah monyet/kera, lepas baca blog ini bolehlah ke pekan untuk membeli ular getah dikedai-kedai mainan seberapa banyak yang boleh dan letakkan dikawasan2 strategik yang difikirkan menjadi laluan mereka. Selamat mencuba.
Last sekali - masalah paling susah.....
"Monyet kepala hitam" - memang paling besar masalah. buat apa pun, dia tetap curi. mungkin pasang pagar dan pintu eletrik keliling reban.. selesai masalah..
Anak monyet warna kuning
Tak takut orang
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
Terima kasih byk. Dah 3 tahun sy pelihara ayam siam x dapat membiak kr problem telor dicuri monyet.sy akan cuba .
ReplyDeletenak cuba jugak untuk pokok mempelam..
ReplyDeletekalau letak patung harimau pun boleh jugak, selamat mencoba
ReplyDeletedngan manusia skali yg lari🤣🤣🤣
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecara paling senang utk menghalau @ mengusir kera masuk kg@kebun. cara2 nya:-
ReplyDeleteambil sebidang tikar getah @ plastik yg berukuran lebih kurang 4 x 4 @ sewaktu dgnnya. kemudian tuangkan minyak kelapa @ minyak enjin pun boleh. ratakan minyak td d atas tkar tadi. taburkan serbuk cili yg pedas. kemudian letakkan buah pisang ka buah yg d sukai kera. telur ayam pun boleh. selepas itu tggu dan lihat hasilnya. amat lucu dan berkesan. garenti kera2 tu tobat dah x kan mai lg d kebun @ dusun tu lg.
Terima kasih atas perkongsian tuan.Memang menarik ! Cuma masalahnya monyet , kera, kat rumah mak mertua saya ni besar -besar dan pokok pula tinggi-tinggi.Cuma baru-baru ni saya ada cuba satu produk yang dengar ceritanya berkesan untuk halau BABI DAN MONYET.
ReplyDeleteSaya pun masih menunggu hasilnya.Jom cuba, mana tahu berkesan.
https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak
Terimakasih dengan info ni..boleh la try kat pokok longan King yg tengah berbuah dan tunggu masak
ReplyDeleteSaya ada dusun durian . N kera ni mmg slalu dtg gugurkan buah durian yg da hmpir masak . Masalahkan kalau sy nak guna kaedah ni , selamat ke ? Sbb dusun tu keliling dia hutan ... Mcm mana kalau nnti , nk kutip durian tapi trnampak ular sebenar ? Ular mainan ni x menarik perhatian ular sebenar ke ?
ReplyDeleteSaya ade masalah monyet ni bertahun, monyet kelabu org panggil Kera beratus ekor, siap beli kerimo (bauan kencing rimo) pengusir monyet tu sbb kasihan tk nk bunuh haiwan. Dahler mahal tak berkesan lak tu. Mcm Kena tipu camtu jer.. Bagus beli furadan bg mati jer monyet ni . Menyusahkan.. Tanaman semua rosak, rumah habis diselerak, balang (bekas) kuih raya pun dibawa lari dia.. Ikutkan hati dah panas sgt mmg nk bakor jer hidop2..
ReplyDeleteMonyet kaler hitam n anak kaler emas kt kampung pgggil spesis Lotong , haiwan yg ok tk kacau tanaman dn ganggu org. Kalau yg kelabu tu (kera) bdk kecik pun di kejar nya, arwah Nenek jiran pernah kena gigit dgn kera ni sampai koyak kulit kepala, masuk hospital, bersih luka dan jahit.
DeleteThanks bro! Hari ni baru nak cuba teknik ni. Jap lagi baru nak google ular getah kat online market, saja nak pilih yg besar sikit. Bengkak hati gila dgn perangai hanat monyet kat kawasan rumah sy. Sesuka hati je diorang melepak atas bumbung rumah, bunyi dah macam diorang main bola sepak beb! Sy ni sebenarnya taknak membunuh,tak kira lah binatang sekalipun,tetap bernyawa jugak betul tak. So, again, terima kasih bro!
ReplyDeleteDah macam-macam petua saya gunakan semuanya tak menjadi. Patung harimau sehari dua tak datang, lepas tu kera lepak pulak atas kepala patung harimau.Kencing Harimau, Ubat Gegat dan belancan, langsung kera tak peduli. Hanya satu saja, tembak dengan senapang. Kera memang takut lebih-lebih lagi bila dia nampak gengnya cedera atau mati.
ReplyDeleteMemang betul kera takut dgn patung harimau. Mereka takut mendekatinya
ReplyDelete