Pada hari Sabtu(21/8), seperti hujung minggu yang lepas-lepas, adalah hari-hari yang amat berharga bagi saya yang masih lagi sebagai penternak sambilan. Selepas sahur dan solat subuh, saya terus ke reban untuk menyediakan makanan ayam-ayam dewasa dan anak-anak. Selepas selesai, saya akan mula melaksanakan apa yang telah dirancang, iaitu membuat lantai reban baru berukuran 8' x 40'. Sebenarnya reban ini telah siap dibina bumbungnya pada minggu sebelumnya. Bahan-bahan untuk lantai dah ada, cuma tambahan kayu 2"x2", dawai 1'x1/2" dan sedikit paku. Saya beli 2"x2"x8' (2nd) - 40 btg, lebihannya nanti boleh guna untuk reban baru yang lain. Terbang hampir RM400 juga untuk bahan asas je. Tenaga tak kira - Free. Setakat 2 hari kerja, keseluruhan bahagian lantai siap sempurna. Cuma tinggal bahagian dinding hadapan dan pintu yang belum dibuat lagi. Saya akan bahagikan menjadi 4 reban kecil. Kalau untuk anak ayam sehingga umur 3 bulan, boleh isi 1000 ekor, takde masalah rasanya...
Sedang buat kerja sambil mencari kayu untuk buat alang & gelegar, nampak ekor mcm biawak terselit celah kayu. Saya rentap ekornya dan terus hempas ke tanah....senyap...tak gerak lagi....mati. Rupa-rupanya anak biawak ini tengah makan katak. belum masuk habis lagi. Mujur jumpa masa kecil, dah besar lagi leceh, curi telor dan anak-anak ayam pulak. Selesai satu bab setakat ini...
Pada hari Ahad(22/8) pula, kerja buat lantai disambung se awal pagi. Perjalanan pembinaan lantai berjalan lancar. Wak menjalankan kerja pembersihan kebunnya seperti biasa, membakar pelepah daun sawit. Pada jam 11.00 pg, Wak panggil saya sambil berbisik "ada ular sawa dekat tempat sampah". Saya bergegas pergi ke tempat tersebut dengan bersemangat untuk menewaskan ular tersebut. Saya nampak ekornya saja. Wak berada jauh dari saya. Oleh kerana selalu tengok National Geography di Astro, saya amat yakin ular ini tidak merbahaya. Saya tarik ekornya pelan-pelan. Rupa-rupanya dah kena cantas dengan parang Wak, genting di kawasan perut, tak mampu bergerak lagi ttp masih hidup. Sais nya sebesar lengan (2 1/2" Diameter) dan 4 kaki panjang. Saya ketuk kepalanya, dan terus buat "barbeque" dalam api yang memang dah menyala. Dah selesai, sambil berbual dengan Wak, saya baru dapat menghubungkaitkan beberapa kejadian dan pemerhatian sebelum ini. Antaranya adalah,
a) jiran sebelah dan wak ada cerita pasal ayam riuh rendah pada sebelah malam...tapi anjing dah tiada.
b) ada nampak bulu ayam bertaburan, dapat disahkan bulu anak ayam.
c) bilangan anak ayam yang batch terakhir atas tanah kelihatan sedikit dari sebelumnya.
Dengan penemuan awal ular sawa ini, maka terjawablah semua tanda tanya diatas tadi. Syukur lah masalah dapat diatasi lebih awal sebelum ular tu semakin besar kerana kenyang makan ayam. Walaupun beberapa ekor anak ayam telah terkorban tanpa disedari. Menurut Wak, sebelum ini tiada ular sawa datang ketanahnya. Mungkin bilangan ayam yang ada telah memanggil ular untuk menziarahi kebunnya. Kesian saya dan anak-anak ayam saya.
Kesimpulannya; pembinaan pagar dengan dinding zinc dibawah telah membantu dalam menangani masalah pemangsa. Pemangsa tidak dapat jumpa jalan keluar, walaupun jumpa jalan masuk dan terpaksa menumpang, akibatnya nyawanya pendek. (Lupa nak ambil gambar, pada hal memang ada bawa kamera ke reban hari tu)
Reban 8'x40' sedang dalam pembinaan.
Seluruh kawasan reban dilanda banjir kilat selepas hujan
turun 2 hari berturut-turut pada hari rabu dan khamis.
Mujur tiada kematian sebab nak ayam dah besar.
Reban didik dan siap akhirnya sejak sekian lama dibina dan dah berisi anak ayam.
Semua reban ini, rangka lantainya guna bahan recycle, frame tingkap naco dan
kapit dengan 4 tiang dan bumbung. yang menyampah nak buat adalah pintunya
dan kerja-kerja pasang jaring dawai dan jaring nyamuk. Menyampah betul.....
luka-luka lengan tangan kena dawai
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
No comments:
Post a Comment