Wednesday, August 18, 2010

APAKAH PUNCA KEMATIAN DI PERINGKAT AKHIR ERAMAN?

Sejak menggunakan incubator buatan sendiri dari Mark-1 hingga Mark-3, banyak pengalaman yang saya dapat. Sudah hampir 10 batch telor ditetas dengan % penetasan dari 35% - 85%. Belbagai pembaikan dan percubaan dilakukan untuk mempertingkatan % penetasan telor. Akhirnya saya redha, semuanya adalah ketentuan Allah walaupun masih ada lagi penambahbaikan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan didalam blog-blog dalam atau luar negara.
Dari pengamatan yang dibuat serta post mortem yang dilakukan pada telor-telor yang tidak menetas, saya tidak dapat memberikan alasan yang munasabah, kenapa anak-anak ayam yang telah cukup sifat dan sempurna tidak dapat menetas dan mati pada peringkat hampir menetas. Ada juga yang mati pada peringkat hampir final pembesarannya. Bagi kes telor yang tak menjadi diperingkat pertengahan, sebab-sebabnya boleh dijelaskan dan dapat diterima akal dengan mudah antaranya adalah disebabkan jangkitan kuman atau micro organisma.
Bagi telor-telor yang anaknya dah sempurna dan cukup sifat, sukar untuk diterima akal kenapa kejadian ini terjadi, walaupun mesti ada sebabnya yang boleh dijelaskan.
Antara sebab-sebab (yang boleh dikawal manusia) dan persoalan serta tanda tanya adalah seperti berikut;
a) suhu yang tidak konsisten - tetapi kenapa telor lain boleh menetas.
b) suhu yang terlampau tinggi - tetapi kenapa telor lain boleh menetas
c) kelembapan yang tidak betul - tetapi kenapa telor lain boleh menetas
d) inkubator kotor - tetapi kenapa telor lain boleh menetas
e) tidak dipusing - tetapi kenapa telor lain boleh menetas
f) telor kotor - kenapa telor kotor yang lain boleh menetas
g) pengendalian yang tidak baik - kenapa telor lain boleh menetas

Tetapi memang ada jawapan lain(bukan didalam kawalan manusia) punca kejadian mati diperingkat akhir terjadi. Punca-punca tersebut tidak dapat dikawal kerana pelbagai faktor. Antaranya adalah:
a) kualiti telor tidak baik - memang tidak dapat ditentukan pada peringkat awal.
b) telor ibu muda - juga tidak dapat ditentukan kerana telor dari pelbagai punca
c) penyakit bawaan dalam telor - juga tidak dapat ditentukan di peringkat awal
d) genetik ibu tidak baik - juga tidak dapat ditentukan
e) usia ibu terlalu tua - boleh diketahui jika ibu ayam kepunyaan sendiri

Apa yang masih belum saya lakukan adalah membuat proses membasuh telor untuk nyah kuman(sanitary & disinfectant) serta fumigation telor didalam incubator. Yang lain-lain tindakan yang boleh dibuat, telah saya lakukan(mungkin juga masih ada yang tetinggal). Proses ini pada pendapat saya tidak berapa kritikal dengan alasan bahawa telor-telor lain selamat menetas. Akhirnya saya terpaksa menerima hakikat bahawa itu adalah ketentuan Allah. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya terserah pada nasib. Kerja ini melibatkan nyawa, bukan mekanikal/elektrikal atau elektronik. Sedangkan perkakas mekanikal, eletrikal atau eletronik yang dibuat dengan kawalan mutu yang tinggi juga boleh berlaku kecacatan(defect), inikan pula kerja melibatkan nyawa. Saya terpaksa akur, apapun % penetasan yang diberikan, adalah kehendak Allah. Begitu juga manusia, dimana ibu yang hamil sangat sayang anak yang sedang dikandungnya, dijaga dengan penuh berhati-hati, diberikan makanan yang cukup dan berzat, akhirnya mati kerana keguguran, lahir tak cukup bulan, tak sempurna sifat, mati semasa sedang dilahirkan, mati selepas saja dilahirkan, mati selepas selang beberapa hari selepas dilahirkan atau mati selepas dibesarkan beberapa hari/bulan/tahun. Tiada ibu manapun yang mahu kejadian ini terjadi. Tetapi sudah kehendakNya, ia tetap berlaku. Dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya supaya kita tidak takbur dan menerimanya sebagai ketentuannya serta kebesaranNya. Inlah saja alasan yang boleh menjadikan kita redha serta bersyukur dengan apa yang kita terima asalkan kita telah berusaha.

Sama-sama kita fikirkan.

Selamat berpuasa kepada semua pembaca dan rakan ternak.



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

1 comment:

  1. salam bro..

    correct me if i'm wrong, tp aku ada terbaca yg suhu & humidity untuk telur menetas n mengeram adalah berbeza. x silap utk menetas (hatching) suhu rendah sikit n humidity tggi sikit, sbb tu digalakkan pakai hatcher utk 3 hari terakhir (proses penetasan). ini just pandangan dari teknikal la, tp if mmg dia nk mati, mati jugak.. huhuhu..

    ReplyDelete