19/7 - Saya perhatikan sebelum ini, anak-anak ayam selepas tempoh 2 minggu yang didalam reban didik kurang berselera untuk makan dedak. Perkara ini juga disebut oleh seorang penternak kampong yang cukup veteran yang merungut (anak ayam tak selera) semasa kami berbual dikedai kopi suatu masa dulu.
Apabila membaca blog Waa Ramli(IE Agro Group Sdn Bhd), saya tertarik dengan produk kesihatan untuk anak ayam iaitu Hidro Rex Vital Aminoacidos(HRV), Produk ini bukan ubat, tetapi ia adalah penggalak/pembuka selera(stimulant) macam appeton, dan juga supplement yang membekalkan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh anak ayam.
Saya mula menggunakan Hidro Rex Vital Aminoacidos dua minggu yang lepas selepas diperkenalkan oleh Waa Ramli. HRV ini saya berikan kepada semua anak-anak ayam dari peringkat baru menetas hingga dah turun tanah. Penggunaan nya amat menjimatkan, hanya 0.25ml untuk setiap liter air. Walaupun harga sebotol 1L adalah RM120(tidak termasuk postage), namun ia amat jimat dari segi jangka panjang dan boleh digunakan lama.
Hasil dari penggunaan HRV ini adalah seperti berikut:
a) Sebelum ini, anak-anak ayam memilih-milih makanan didalam dedak dan banyak terbuang kerana dikais bertaburan lantai. Sejak diberi HRV, anak ayam berusia 2 minggu keatas sentiasa berselera makan. Makanan didalam bekas bersih dan tiada terbuang. Anak ayam kelihatan segar, sehat dan ceria. memang nampak pembesarannya semakin baik. Ini bermakna FCR akan menurun. Kematian sangat-sangat jarang berlaku.
b) Saya beri HRV kepada semua anak-anak ayam yang baru menetas dan yang masih didalam brooder. Sebelum diberi HRV, anak ayam suka memilih-milih makanan tertentu dalam dedak sehingga terdapat longgokan makanan yang tidak diingini didalam bekas makanan. Selepas diberi HRV, semua anak-anak ayam berselera makan dan makanan sentiasa habis. Pembesaran anak-anak ayam juga semakin baik, dan kematian peringkat ini sangat-sangat jarang.
c) Bagi anak-anak ayam yang sudah turun tanah, saya tetap bagi HRV. Anak-anak ayam ini memang berselera makan, sehat dan cergas. Nampak pembesarannya semakin bagus.
Saya sangat mengesyorkan penggunaan HRV oleh perternak. Ini adalah kerana, jika anak ayam cukup makan, ia mendapat cukup khasiat untuk pembesarannya dan secara langsung, mengurangkan kematian dan kerugian. Cuba sendiri baru percaya.
Selain dari itu, penggunaan multi vitamin tidak harus dilupakan. Ia perlu diberi kepada ayam-ayam disemua peringkat umur secara berkala. Macam manusia juga, kesihatan kena dijaga.
Immunisasi atau pelalian juga jangan dilupakan. Berilah pelalian untuk penyakit New Castle Desease(Sampar/Hawar) kepada semua peringkat umur ayam sekali dalam hayatnya. Ini dapat mengelakkan kerugian besar apabila semua ayam dalam reban mati serentak dan tidak dapat diubati. Sampar adalah penyakit yang tiada ubatnya, tetapi boleh dicegah melalui imunisasi(pelalian). macam manusia juga..ada BCG, Polio, Hipetitis A/B, HINI dan lain-lain. Harganya tak mahal, RM15 sebotol untuk 1000 ekor ayam. Dihantar didalam bekas ais kerana terdapat virus hidup yang dibekukan. Kena jadi doktor pulak. nak guna virus ni, mesti ada alat penyuntik untuk mencairkan virus yang beku. Gunakan sarung tangan surgical untuk mengelak sebarang kemungkinan kepada kita. Biarkan ayam benar-benar kehausan, berikan makanan, selepas itu baru bagi minum...sure mereka minum. Ayam-ayam ni tak minum air ni jika tak cukup haus, entah kenapa tak tahu sebabnya..mungkin pahit atau entahlah....
Walau bagaimanapun, dalam keadaan atau tempoh tertentu, antibiotik adalah perlu diberi untuk mencegah penyakit terutama penyakit yang berkaitan dengan anak-anak ayam yang sedang membesar.
Vitamin juga perlu diberi dalam tempoh tertentu untuk menambah zat-zat yang diperlukan semasa pembesaran serta bertindak sebagai antistress. Vitamin ini mudah didapati dimana-mana kedai jual makanan dan ubat-ubatan ayam.
Memang benar kata otai-otai yang berpengalaman. Kena tahu ilmu ayam, baruboleh bela ayam secara kecil-kecilan, sederhana atau besar-besaran....
Semuga Anda Semua Bejaya....AMINNNNNNNNNNNNNN
Stimulant HRV (Hidro Rex Vital)
(Hubungi: Waa Ramli 019-2027530 & 0169704360)
IE AGRO BACKYARD PUOULTRY
http://ternakanayamkampong.blogspot.com
(Hubungi: Waa Ramli 019-2027530 & 0169704360)
IE AGRO BACKYARD PUOULTRY
http://ternakanayamkampong.blogspot.com
Anak-anak ayam batch ke 4
Anak-anak ayam batch ke 3
No comments:
Post a Comment