Monday, July 19, 2010

MENINGKATKAN PERATUS PENETASAN DAN HIDUP

17/7 - Saya membuat keputusan berani mati pada hari ini(bukan saya yang mati, tetapi anak ayam). Saya membuat ujikaji keatas 117 biji telor yang dijangka menetas pada 19/7. Ujikaji tersebut adalah menebuk lubang kecil pada bahagian ruang udara dihujung telor. Tujuan ujikaji ini adalah untuk meningkatkan peratus telor yang berjaya menetas/ hidup. 

Pada masa yang sama, terdapat telor-telor yang telah menetas awal berkemungkinan ia telah dieram oleh ibu sebelum dikutip(telor dari pembekal). Tetapi ada kemungkinan juga suhu incubator terlalu tinggi hingga menyebabkan suhu telor  melebihi 37.5 C yang menyumbang kepada punca telor menetas awal.

Bagi telor-telor yang sudah mula retak, saya bantu kopek kulit(ditempat yang retak) dan membuat lubang(hingga nampak paroh) untuk udara masuk bagi anak ayam yang mula menebuk(waktu peralihan anak ayam mula bernafas). Telor-telor ini diasingkan untuk diberi perhatian khas. Selepas sehari, jika telor tidak menetas, tindakan mengopek perlahan-lahan dilakukan untuk membantu anak ayam keluar. Jika ada pendarahan, hentikan sementara dan ulang semula selang beberapa jam lagi.

Tujuan ujikaji ini adalah untuk membantu anak ayam yang bakal menetas mendapat bekalan udara(oksigen)  yang berterusan dari saat menebuk membrane(kulit dalam) sehingga menetas. Pengamatan sebelum ini mendapati % kematian(motality rate) didalam telor agak tinggi (30%-40%). Hasil dari pemerthatian dan post mortem, faktor faktor yang menyumbang kepada % kematian yang tinggi antaranya adalah

a)      Mati diperingkat pembesaran peringkat akhir(hari ke 18-21)
Puncanya: Kulit telor keras atau membrane liat. anak ayam tidak mampu menebuk untuk keluar. Lemas dan kepenatan.

b)      Mati diperingkat pembesaran peringkat tengah(hari ke 14-17)
Puncanya: mungkin janin mati kerana suhu terlampau panas atau telor dari baka atau genetik yang lemah(punca telor adalah dari berbagai sumber yang diluar kawalan).


Teori Ujikaji - Secara semulajadinya, anak ayam yang mula menebuk membrane akan mendapat bekalan udara dari ruang udara(air cell) didalam telor sebagai tempoh peralihan dari hidup dalam cecair ke mula bernafas. Kapasiti udara ini mungkin hanya cukup untuk tempoh yang singkat sehingga setelah menebuk. Tetapi jika kulit telor keras dan tidak berjaya menebuk kulit, ada kemungkinan anak ayam mati lemas.

Untuk memberi peluang anak ayam terus hidup, menghindari keadaan ini berlaku adalah cara yang terbaik. Apabila lubang(bantuan) telah ditebuk, biarkan ayam meneruskan proses menetas secara semulajadi. Hanya apabila ia tidak mampu menetas, barulah tindakan mengopek dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Pada masa ini, saya merasakan seperti bidan ayam,. tetapi hasilnya amat berpuashati kerana peratus penetasan/hidup adalah 85%. Kematian yang berlaku tidak dapat dielakkan, tetapi kadar kematian dapat dikurangkan sebanyak mungkin. Ini adalah kejayaan saya secara peribadi. Tetapi saya terpaksa menjadi bidan ayam selama 2 hari. 

Manusia hanya boleh berusaha, tetapi Allah yang menentukan. Tetapi tanpa berusaha, Allah tidak dapat membantu kita.

Kesimpulannya: TIADA USAHA, TIADA KEJAYAAN 





Telor-telor yang telah ditebuk pada hari ke 19


Anak-anak ayam baru menetas

Telor-telor menunggu masa untuk menetas dan candling

No comments:

Post a Comment