30/6 - Saya bercadang cuti pada 1/7(khamis) untuk ambil kad laporan pelajar Fahmi dan Fuad dan sambung cuti hari Jumaat untuk siapkan kerja-kerja tertangguh direban. Pada hari Rabu, saya dah mula rasa macam nak demam, demam juga rupanya. Jadi saya ambil mc. Tapi mc jaga telor ayam menetas.
- Kutipan telor masih bagus, sekitar 20-26 biji sehari. Perkembangan yang menarik & bagus bagi projek penetasan telor sendiri. Bekalan telor dari penternak tidak boleh diharap sangat jika nak buat projek ternak ayam kampong asli, mesti bela induk sebanyak mungkin sesuai dengan sasaran yang ditetapkan. Malam ini ada orang nak jual induk 15 ekor, saya offer RM13 sekilo, dia setuju. Parahlah saya nak bagi makan kat mereka semua....
1/7 - Banyak telor dalam incubator menetas kali ini. Dari batch 30/6 hingga 4/7 dah menetas yang telah dipindahkan dedalam hatcher. Oleh kerana saya mc, siang dan malam dapat diberi perhatian serta melihat dan membuat pemerhatian dan ujikaji untuk dijadikan pengalaman dan rujukan dimasa depan.
Antara pengalaman baru adalah:
- KELAHIRAN SONGSANG. Terjadi beberapa biji penetasan telor secara songsang, maksudnya telor retak dibahagian tajam. Kemungkinan besar ia mati adalah tinggi kerana lubang yang pecah akan kecil dari badan ayam yang masih bulat ikut bentuk telor. Saya berjaya menyelamatkan anak2 ayam tersebut. Peringatan. Jika memecahkan kulit berlaku pendarahan, hentikan dulu dan tunggu bberapa jam lagi.
- INDUCE .Ada juga telor-telor yang mula retak tapi setelah lebih 4 jam, tiada perkembangan dari segi pembesaran retak. Anak boleh mati dalam telor jika tidak diberi bantuan kerana mungkin kulit telor keras atau kulit dalam liat. Jika kita ada kesempatan sepanjang hari, buat lubang telor yang retak sehingga nampak paruh nya supaya ayam boleh bernafas melaluinya. Dengan cara ini, anak ayam akan memperolehi udara dan menambahkan kekuatan. Apabila sampai masanya, ia akan menolak kulit telor untuk keluar. Peringatan. Jika memecahkan kulit berlaku pendarahan, hentikan dulu dan tunggu bberapa jam lagi.
- BANTUAN FORCEP. Jika telor dah retak, tapi setelah beberapa jam tak menetas juga, berilah bantuan forcep. Maksudnya kita pecahkan kulit dan bantu ia keluar. Macam lega rupa anak ayam tu lepas keluar. maklumlah badan dah besar, telor dah sempit.
Hasil dari bantuan yang diberikan seperti diatas, peratusan telor menetas adalah lebih tinggi dan tiada masalah pada perkembangan dan kesihatan anak ayam.
Tiada kecacatan pada kaki untuk batch kali ini.
Walaubagaimanapun, saya dah dapat kepastian. Jika telor tak menetas, walhal dah tiba tari menetas, kemungkinan besar ia tak menjadi. Ada beberpa biji saya buka selepas sehari, dua hari. Didapati masih terdapat kuning telor pada badan ayam. Ini bermakna telor ini terencat pembesarannya secara normal. Buang sajalah selepas 3 hari....
bro..ape kata telur yg dh due date jgn buang dulu..rendam la tgk ada harapan ker tk
ReplyDelete