Monday, July 19, 2010

STATUS INCUBATOR BARU CONVERT DARI ALMARI

17/7 - Dari malam hari Jumaat dan  Sabtu, saya bertungkus lumus menyiapkan semua perkara berkaitan wiring dan segalanya hingga selesai untuk commisioning. Incubator dapat diuji pada jam 2.30 pagi Ahad. Oleh kerana ini adalah kali pertama saya membuat incubator multi layer tray (10 tingkat), saya tidak yakin dengan taburan suhunya. Incubator di uji sepanjang hari dan ujian demi ujian dilakukan untuk memuaskan hati sebelum boleh digunakan hinggalah saya pasti bahawa sedikit pindaan perlu dibuat terhadap kedudukan kipas dan 'air duct'. 

Untuk memastikan taburan suhu yang sekata seluruh incubator, saya membuat ujian taburan suhu di tray bawah, tengah dan atas. ujian dilakukan dengan menggunakan 2 buah thermometer serentak pada setiap kedudukan. Satu thermometer bertindak pengukur suhu udara, manakala yang satu lagi mengukur suhu air didalam botol(bertindak sebagai telor). 

Pada permulaannya, bacaan thermometer dibuat pada tray teratas sebagai rujukan.  Thermostat diselaras sehingga  suhu air menjadi stabil diantara 37.3C - 37.7C dan dibiarkan selama 1 jam untuk pengesahan. Kemudian pada setting thermostat yang serupa, kedua-dua thermometer dipindahkan ke tray tengah dan berikutnya ke tray yang bawah sekali. Pemerhatian mendapati bahawa taburan suhu tidak sekata. Suhu air tray yang paling bawah hanya sekitar 36.7C dan tary tengah pada 37.1C saja. 

Keputusan dibuat untuk membuat pindaan terhadap sedikit design. Saya akan pasang blower fan diatas sekali(udara atas paling panas). Air duct(saluran angin) akan dibuat pada dinding yang akan menyalurkan udara panas dari atas ke bahagian bawah tray terakhir(bawah sekali). Udara panas diatas akan disedut oleh blower fan dan dihantar ke tray bawah sekali. dengan cara ini, udara panas akan melalui semua tray dari bawah keatas dan dijangkakan taburan suhu udara dan cecair lebih seragam. Saya hanya perlu beli plywood 2 mm sahaja dan sedikit kerja membuka drawer slide dan kerja ketukangan. 

Saya yakin selepas ini, incubator berkapasiti 750-800 sebelah(1500-1600 untuk 2 belah) akan berjaya.  Kos terlibat adalah:

Drawer slide 20 pasang - RM 64
Kayu 2" x 1" x 3' x 26 btg - RM 26
Roda/Castor 6 pcs - RM 36
Mentol 10W  36 pcs - RM14
Mentol 15W 6 pcs - RM6
Bulb Holder 36 pcs - RM36
Trunking 6 pcs - RM6
Wire 2 core 1 roll - RM28
Amplifier Fan 2 unit - RM64
BRC 1" x 1/2" x 15' - RM 45
PVC Net 15' - RM 30
Terminal Box 2 pcs - RM8
Thermostat Rainbow  2 unit - RM 72
Thermohidrometer 2 unit - RM100
Aquarium pump 2 unit - RM26
Screw - RM7
Sliding Window lock 4 pcs - RM15
Kaca Cermin 2 pcs - RM50
Silicon 1 tube - RM8

Labour  - FOC
Almari baju - FOC

Total: RM641

Kira sangat murah tu.. dah tengok2 dalam blog, kalau kapasiti 1500 biji, harga mencecah RM7k...puashati sangat.. kalau fully auto, mahu belasan ribu beb....

almari asal sebelum convert

diperingkat akhir kerja dalaman

dah siap, sedang dalam ujian

No comments:

Post a Comment