Friday, July 2, 2010

MEMBELI BAHAN-BAHAN KEPERLUAN REBAN

2/7 - Hari ini saya membeli belah keperluan untuk siapkan reban didik dan bahan-bahan untuk membuat reban baru dimasa depan. Kebetulan ada duit lebih sikit, saya beli net nyamuk untuk reban didik kerana saya lihat beberapa ekor anak ayam yang bengkak mata.

Saya juga beli dawai 1"x1" dua gulung untuk dibuat pagar sekeliling pagar net orkid. dengan cara ini, bahagian bawah pagar akan kuat dari dimasuki anjing dan elak anak ayam keluar kawasan.Entah kenapa, murah pula kali ini, segulung panjang 60' cuma RM55. Sebab tu beli 2 roll. Dulu beli satu roll 80', RM110. 

Lepas tu, saya borong kayu-kayu terpakai 2"x3" untuk reban baru(kayu lembut). Murah-murah je. Dapat banyak. Saya  beli juga kayu 2"x3" kayu keras untuk reban dan juga untuk buat tiang pagar. Kayu ini saya simpan untuk buat stok. Dah ada, senang. Terkenang nak buat, pilih je. Dah depan mata. Takut nanti bila ada masa, duit pulak takde. Jem.....

Atap adex dah banyak ade. 85 keping..... macam2 boleh buat ooooooo


Saat dan ketika post ini di update, saya dah dapat beli hampir 200 btg kayu 2"x3" dan zink rumah terpakai 9' dan 8'. Ada stok hampir 200 keping agaknya. Saya akan buat pagar untuk menghalang pencuri ayam yang agak aktif dikawasan ini. Buat masa ini tiada kejadian lagi, kita kena berusaha. kena curi juga, itu bukan salah kita lagi..dah nasib..

Saya dah nampak, macam jadi je projek ni...











3 comments: