Wednesday, July 28, 2010

GAMBAR ANTIBIOTIK SAKIT MATA


Ini rupa ubat antibiotik sakit mata yang saya guna

Alamat di Kelana Jaya:
LAZULI SDN. BHD
19, JLN SS5A/11 
KELANA JAYA
NO TEL: 03-78749244
Harga: RM20.90

Panduan ke kedai ubat...kepada yang bertanya dan berminat mencuba.

Dari arah lebuh raya kesas, lalu LDP, lalu bawah flyover pertama tepi kilang Panasonic, belok kekanan. dalam 400 m, ada kawasan perumahan sebelah kiri, ikut panduan ke Tabung Haji.. ada padang bola disebelah kiri, belok kiri, ada dua deret kedai 2 tkt dibelakang padang tersebebut. . itu je 2 deret kedai yang ada kat situ...



Ayam pakai 'eye shadow'
Semburan dibuat pada kedua-dua  mata
 'practice make perfect'.
Warna biru akan hilang dengan sendirinya.
Ayam-ayam sakit hendaklah diasingkan.
Bagi vitamin dalam air minuman untuk tambah kesihatan.


Setakat hari ini(29/7) saya dah sembur 2 kali pada ayam2 yang bermasalah. Bagi yang masih peringkat sakit awal, sudah ada nampak sembuh. Bagi yang peringkat pertengahan, ada nampak semakin baik. Bagi yang peringkat kronik(terbonjol biji mata)..Allah je yang boleh menolong. usaha tetap usaha. 


Setakat hari ini(2/8) saya dah sembur pada mata-mata ayam yang sakit tu sebanyak 3 kali. Dari pemerhatian, didapati bagi ayam yang baru sakit boleh pulih sepenuhnya. Bagi anak ayam dang dah sakit kronik, harapan semboh agak sikit. mgkin boleh pulih, tetapi mungkin buta sebelah. 


Apa yang penting selepas ini, saya kena prihatin terhadap anak2 ayam yang menunjukkan sakit mata. Asingkan segera dan buat rawatan. Insyallah boleh diatasi.


Kesimpulan.


Ada 2 kemungkinan punca sakit mata berlaku.  Pertama gas ammonia, kedua nyamok.


Tetapi saya rasa gigitan nyamok adalah punca utama. Ini berdasarkan jumlah anak ayam yang sakit. Jika gas amonia penyebab utama, banyak anak yang buta.


Langkah Atasi Masalah


memasang lampu pada setiap reban untuk mencerahkan reban supaya anak ayam boleh mematuk nyamok yang cuba hinggap ke pipi ayam. Ayam lain akan mematuk nyamok tu. Saya dah perhatikan perangai ayam ni kat rumah. mereka akan kejar sampai dapat kalau ada serangga terbang. Sebab tu takde yang sakit dirumah sebab pasang lampu. Saya dah siap pasang lampu 5w disetiap reban dan akan lihat keberkesanannya untuk masa mendatang.



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Monday, July 26, 2010

AYAM KAMPUNG VS AYAM LAGA - SIAPA MENANG?

Percaya atau tidak... ini adalah realiti.


Pada hari sabtu yang lepas(24/7), saya melihat dengan mata sendiri dari jauh pergaduhan antara dua ekor bapak ayam. Saya sankakan bapak ayam saya kena belasah dengan ayam laga anak tuan tanah punya... Saya pun rapat untuk meleraikan pergaduhan... tetapi sebelum itu saya lihat seekor ayam tu tergolek dalam parit dalam keadaan terlentang minta nyawa. Saya sangkakan yang kalah tu ayam saya, jadi saya pukul lah sikit ayam yang menang tu supaya jangan datang kacau2 lagi. Saya bantu lah ayam yang kalah. Alangkah terperanjatnya bila saya dapati rupanya ayam sabung yang kalah. Ayam tu memang jaguh dan besar betul badannya. Ayam laga tu tak boleh bangun dan bila dilepaskan, jalan terhuyung hayang. Saya selamatkan dan hantar ke reban.

Kesimpulannya: Ayam laga tidaklah sehebat mana kekuatannya. mungkin jika ajak lawan, ayam kampung saya boleh menang....


Ini lah rupa JUARA KAMPUNG





PEKEMBANGAN TERKINI AAF

Beginilah perkembangan terkini AAF setakat hari ini. Semalam(Ahad), tak dapat buat apa-apa langsung untuk update reban kerana jaga mak yang uzur. Isteri dan anak-anak balik Tg. Malim melawat opah nya. 



Chicken Incubator Mk - I (pertama) 300 biji

Chicken Incubator Mk-II (ke-2 dan ke-3) - 300 biji

Chicken Incubator Mk-III (ke-4) - 2 x 800 biji 

Cabinet Brooder - up to 200 ekor






Kabinet plastik 5' sebagai brooder hingga 2 minggu
Akan beli satu set lagi sebab dah penuh sesak
Kapasiti hingga 200 ekor



Purata telor masuk incubator 200 biji seminggu
(sebanyak 2 kali seminggu)



Sebahagian dari induk-induk sedang makan
(purata kutipan telur - 20 biji sehari)


Induk-induk betina sedang tidor-tidor ayam


Antara Penjantan yang ada. Ada beberapa ekor ayam 
jantan jiran yang migrate ke reban AAF kerana tertarik 
dengan keramaian ayam induk betina


Pemandangan terkini reban AAF



Sebahagian dari anak-anak ayam yang berjaya
ditetas dan dibesarkan. Setakat ini sudah ada hampir 
500 ekor sejak mula guna incubator. ini tidak termasuk 
anak-anak yang masih didalam brooder.





Kayu-kayu dan bumbung untuk projek akan datang.
(Pelaksanaan ikut keperluan dan perkembangan semasa)


UBAT / ANTIBIOTIK UNTUK AYAM SAKIT MATA

26/7- Hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya yag ke 48. Oleh kerana dah tua, tiada lagi sambutan seperti anak-anak kita. Cuma makan malam diluar bersama keluarga saja. 

Semasa lawatan ke reban dan rumah saya oleh seorang penternak kambing dan ayam kacuk dari Kg. Lombong, saya ada menanyakan apakah ubat yang boleh digunakan untuk merawat sakit mata ayam. Menurutnya, semburan tersebut bewarna biru. Ini mengingatkan saya semula semasa lawatan kereban kawan saya yang membela hingga 4000 ekor ayam kacuk, ada beberapa ekor ayam yang diasingkan matanya disapu sesuatu berwarna biru.. ingatkan ubat biru untuk luka.

Beliau terus mencadangkan saya membeli sejenis ubat dalam bentuk aerosol spray berwarna biru yang dikhususkan untuk ternakan ruminan(lembu & kambing). Beliau berkata, ubat itu sangat mujarab sehinggakan mata kambingnya yang hampir buta pun boleh sembuh sepenuhnya. Namun beliau berkata, ia juga boleh digunakan untuk apa-apa jenis haiwan kecuali manusia. Saya terus mencari kedai yang dicadangkan di Kelana Jaya pada hari ini, dan setelah berpusing-pusing akhirnya saya jumpa kedai tersebut. Harganya tak mahal, cuma RM 21.00 je untuk 40 semburan selama 2-3 saat. Bagi kiraan saya, untuk ayam mungkin tak perlu sebegitu lama, cukup sekadar +-1 saat,  pasal mata ayam kecik je..lain lah mata lembu. Bolehlah dapat 120 semburan. Bila dibaca labulnya, ia adalah sejenis antibiotik untuk sakit mata yang boleh digunakan untuk semua jenis penyakit mata(wide spectrum).  

Saya akan mencuba pada ternakan saya yang masih kecil tu pada petang ini. Mudah-mudahan ia berkesan. Anak ayam yang telah disembur antibiotik tersebut hendaklah diasingkan sehingga pulih sepenuhnya. Jika berkesan, selesailah satu masalah dan dapatlah satu pengalaman baru. Mungkin ditempat lain, cubalah cari kat kedai menjual ubat-ubatan ternakan.


Ini gambar antibiotik yang dimaksudkan.





Monday, July 19, 2010

STATUS INCUBATOR BARU CONVERT DARI ALMARI

17/7 - Dari malam hari Jumaat dan  Sabtu, saya bertungkus lumus menyiapkan semua perkara berkaitan wiring dan segalanya hingga selesai untuk commisioning. Incubator dapat diuji pada jam 2.30 pagi Ahad. Oleh kerana ini adalah kali pertama saya membuat incubator multi layer tray (10 tingkat), saya tidak yakin dengan taburan suhunya. Incubator di uji sepanjang hari dan ujian demi ujian dilakukan untuk memuaskan hati sebelum boleh digunakan hinggalah saya pasti bahawa sedikit pindaan perlu dibuat terhadap kedudukan kipas dan 'air duct'. 

Untuk memastikan taburan suhu yang sekata seluruh incubator, saya membuat ujian taburan suhu di tray bawah, tengah dan atas. ujian dilakukan dengan menggunakan 2 buah thermometer serentak pada setiap kedudukan. Satu thermometer bertindak pengukur suhu udara, manakala yang satu lagi mengukur suhu air didalam botol(bertindak sebagai telor). 

Pada permulaannya, bacaan thermometer dibuat pada tray teratas sebagai rujukan.  Thermostat diselaras sehingga  suhu air menjadi stabil diantara 37.3C - 37.7C dan dibiarkan selama 1 jam untuk pengesahan. Kemudian pada setting thermostat yang serupa, kedua-dua thermometer dipindahkan ke tray tengah dan berikutnya ke tray yang bawah sekali. Pemerhatian mendapati bahawa taburan suhu tidak sekata. Suhu air tray yang paling bawah hanya sekitar 36.7C dan tary tengah pada 37.1C saja. 

Keputusan dibuat untuk membuat pindaan terhadap sedikit design. Saya akan pasang blower fan diatas sekali(udara atas paling panas). Air duct(saluran angin) akan dibuat pada dinding yang akan menyalurkan udara panas dari atas ke bahagian bawah tray terakhir(bawah sekali). Udara panas diatas akan disedut oleh blower fan dan dihantar ke tray bawah sekali. dengan cara ini, udara panas akan melalui semua tray dari bawah keatas dan dijangkakan taburan suhu udara dan cecair lebih seragam. Saya hanya perlu beli plywood 2 mm sahaja dan sedikit kerja membuka drawer slide dan kerja ketukangan. 

Saya yakin selepas ini, incubator berkapasiti 750-800 sebelah(1500-1600 untuk 2 belah) akan berjaya.  Kos terlibat adalah:

Drawer slide 20 pasang - RM 64
Kayu 2" x 1" x 3' x 26 btg - RM 26
Roda/Castor 6 pcs - RM 36
Mentol 10W  36 pcs - RM14
Mentol 15W 6 pcs - RM6
Bulb Holder 36 pcs - RM36
Trunking 6 pcs - RM6
Wire 2 core 1 roll - RM28
Amplifier Fan 2 unit - RM64
BRC 1" x 1/2" x 15' - RM 45
PVC Net 15' - RM 30
Terminal Box 2 pcs - RM8
Thermostat Rainbow  2 unit - RM 72
Thermohidrometer 2 unit - RM100
Aquarium pump 2 unit - RM26
Screw - RM7
Sliding Window lock 4 pcs - RM15
Kaca Cermin 2 pcs - RM50
Silicon 1 tube - RM8

Labour  - FOC
Almari baju - FOC

Total: RM641

Kira sangat murah tu.. dah tengok2 dalam blog, kalau kapasiti 1500 biji, harga mencecah RM7k...puashati sangat.. kalau fully auto, mahu belasan ribu beb....

almari asal sebelum convert

diperingkat akhir kerja dalaman

dah siap, sedang dalam ujian

STIMULANT/PENGALAK - MENAMBAH BERAT AYAM (HRV)

19/7 - Saya perhatikan sebelum ini, anak-anak ayam selepas tempoh 2 minggu yang didalam reban didik kurang berselera untuk makan dedak. Perkara ini juga disebut oleh seorang penternak kampong yang cukup veteran yang merungut (anak ayam tak selera) semasa kami berbual dikedai kopi suatu masa dulu.  

Apabila membaca blog Waa Ramli(IE Agro Group Sdn Bhd), saya tertarik dengan produk kesihatan untuk anak ayam iaitu  Hidro Rex Vital Aminoacidos(HRV), Produk ini bukan ubat, tetapi ia adalah penggalak/pembuka selera(stimulant) macam appeton, dan juga supplement yang membekalkan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh anak ayam.

Saya mula menggunakan Hidro Rex Vital Aminoacidos  dua minggu yang lepas selepas diperkenalkan oleh Waa Ramli.  HRV ini saya berikan kepada semua anak-anak ayam  dari peringkat baru menetas hingga dah turun tanah. Penggunaan nya amat menjimatkan, hanya 0.25ml untuk setiap liter air. Walaupun harga sebotol 1L adalah RM120(tidak termasuk postage), namun ia amat jimat dari segi jangka panjang dan boleh digunakan lama.  

Hasil dari penggunaan HRV ini adalah seperti berikut:

a)  Sebelum ini, anak-anak ayam memilih-milih makanan didalam dedak dan banyak terbuang kerana dikais bertaburan lantai.  Sejak diberi HRV, anak ayam berusia 2 minggu keatas sentiasa berselera makan. Makanan didalam bekas bersih dan tiada terbuang. Anak ayam kelihatan segar, sehat dan ceria. memang nampak pembesarannya semakin baik. Ini bermakna FCR akan menurun. Kematian sangat-sangat jarang berlaku.

b) Saya beri HRV kepada semua anak-anak ayam yang baru menetas dan yang masih didalam brooder.  Sebelum diberi HRV, anak ayam suka memilih-milih makanan tertentu dalam dedak sehingga terdapat longgokan makanan yang tidak diingini didalam bekas makanan. Selepas diberi HRV, semua anak-anak ayam berselera makan dan makanan sentiasa habis. Pembesaran anak-anak ayam juga semakin baik, dan kematian peringkat ini sangat-sangat jarang.

c)    Bagi anak-anak ayam yang sudah turun tanah, saya tetap bagi HRV. Anak-anak ayam ini memang berselera makan, sehat dan cergas. Nampak pembesarannya semakin bagus.  

Saya sangat mengesyorkan penggunaan HRV oleh perternak.  Ini adalah kerana, jika anak ayam cukup makan, ia mendapat cukup khasiat untuk pembesarannya dan secara langsung, mengurangkan kematian dan kerugian. Cuba sendiri baru percaya.

Selain dari itu, penggunaan multi vitamin tidak harus dilupakan. Ia perlu diberi kepada ayam-ayam disemua peringkat umur secara berkala.  Macam manusia juga, kesihatan kena dijaga. 

Immunisasi atau pelalian juga jangan dilupakan. Berilah pelalian untuk penyakit New Castle Desease(Sampar/Hawar) kepada semua peringkat umur ayam sekali dalam hayatnya. Ini dapat mengelakkan kerugian besar apabila semua ayam dalam reban mati serentak dan tidak dapat diubati. Sampar adalah penyakit yang tiada ubatnya, tetapi boleh dicegah melalui imunisasi(pelalian). macam manusia juga..ada BCG, Polio, Hipetitis A/B, HINI dan lain-lain. Harganya tak mahal, RM15 sebotol untuk 1000 ekor ayam. Dihantar didalam bekas ais kerana terdapat virus hidup yang dibekukan. Kena jadi doktor pulak. nak guna virus ni, mesti ada alat penyuntik untuk mencairkan virus yang beku. Gunakan sarung tangan surgical untuk mengelak sebarang kemungkinan kepada kita. Biarkan ayam benar-benar kehausan, berikan makanan, selepas itu baru bagi minum...sure mereka minum.  Ayam-ayam ni tak minum air ni jika tak cukup haus, entah kenapa tak tahu sebabnya..mungkin pahit atau entahlah....


Walau bagaimanapun, dalam keadaan atau tempoh tertentu, antibiotik adalah perlu diberi untuk mencegah penyakit terutama penyakit yang berkaitan dengan anak-anak ayam yang sedang membesar.


Vitamin juga perlu diberi dalam tempoh tertentu untuk menambah zat-zat yang diperlukan semasa pembesaran serta bertindak sebagai antistress.  Vitamin ini mudah didapati dimana-mana kedai jual makanan dan ubat-ubatan ayam.

Memang benar kata otai-otai yang berpengalaman. Kena tahu ilmu ayam, baruboleh bela ayam secara kecil-kecilan, sederhana atau besar-besaran....

Semuga Anda Semua Bejaya....AMINNNNNNNNNNNNNN


Stimulant HRV (Hidro Rex Vital)
(Hubungi: Waa Ramli 019-2027530 & 0169704360)
IE AGRO BACKYARD PUOULTRY
http://ternakanayamkampong.blogspot.com


Anak-anak ayam batch ke 4


Anak-anak ayam batch ke 3

Anak-anak ayam batch ke 2

Anak-anak ayam batch pertama

MENINGKATKAN PERATUS PENETASAN DAN HIDUP

17/7 - Saya membuat keputusan berani mati pada hari ini(bukan saya yang mati, tetapi anak ayam). Saya membuat ujikaji keatas 117 biji telor yang dijangka menetas pada 19/7. Ujikaji tersebut adalah menebuk lubang kecil pada bahagian ruang udara dihujung telor. Tujuan ujikaji ini adalah untuk meningkatkan peratus telor yang berjaya menetas/ hidup. 

Pada masa yang sama, terdapat telor-telor yang telah menetas awal berkemungkinan ia telah dieram oleh ibu sebelum dikutip(telor dari pembekal). Tetapi ada kemungkinan juga suhu incubator terlalu tinggi hingga menyebabkan suhu telor  melebihi 37.5 C yang menyumbang kepada punca telor menetas awal.

Bagi telor-telor yang sudah mula retak, saya bantu kopek kulit(ditempat yang retak) dan membuat lubang(hingga nampak paroh) untuk udara masuk bagi anak ayam yang mula menebuk(waktu peralihan anak ayam mula bernafas). Telor-telor ini diasingkan untuk diberi perhatian khas. Selepas sehari, jika telor tidak menetas, tindakan mengopek perlahan-lahan dilakukan untuk membantu anak ayam keluar. Jika ada pendarahan, hentikan sementara dan ulang semula selang beberapa jam lagi.

Tujuan ujikaji ini adalah untuk membantu anak ayam yang bakal menetas mendapat bekalan udara(oksigen)  yang berterusan dari saat menebuk membrane(kulit dalam) sehingga menetas. Pengamatan sebelum ini mendapati % kematian(motality rate) didalam telor agak tinggi (30%-40%). Hasil dari pemerthatian dan post mortem, faktor faktor yang menyumbang kepada % kematian yang tinggi antaranya adalah

a)      Mati diperingkat pembesaran peringkat akhir(hari ke 18-21)
Puncanya: Kulit telor keras atau membrane liat. anak ayam tidak mampu menebuk untuk keluar. Lemas dan kepenatan.

b)      Mati diperingkat pembesaran peringkat tengah(hari ke 14-17)
Puncanya: mungkin janin mati kerana suhu terlampau panas atau telor dari baka atau genetik yang lemah(punca telor adalah dari berbagai sumber yang diluar kawalan).


Teori Ujikaji - Secara semulajadinya, anak ayam yang mula menebuk membrane akan mendapat bekalan udara dari ruang udara(air cell) didalam telor sebagai tempoh peralihan dari hidup dalam cecair ke mula bernafas. Kapasiti udara ini mungkin hanya cukup untuk tempoh yang singkat sehingga setelah menebuk. Tetapi jika kulit telor keras dan tidak berjaya menebuk kulit, ada kemungkinan anak ayam mati lemas.

Untuk memberi peluang anak ayam terus hidup, menghindari keadaan ini berlaku adalah cara yang terbaik. Apabila lubang(bantuan) telah ditebuk, biarkan ayam meneruskan proses menetas secara semulajadi. Hanya apabila ia tidak mampu menetas, barulah tindakan mengopek dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Pada masa ini, saya merasakan seperti bidan ayam,. tetapi hasilnya amat berpuashati kerana peratus penetasan/hidup adalah 85%. Kematian yang berlaku tidak dapat dielakkan, tetapi kadar kematian dapat dikurangkan sebanyak mungkin. Ini adalah kejayaan saya secara peribadi. Tetapi saya terpaksa menjadi bidan ayam selama 2 hari. 

Manusia hanya boleh berusaha, tetapi Allah yang menentukan. Tetapi tanpa berusaha, Allah tidak dapat membantu kita.

Kesimpulannya: TIADA USAHA, TIADA KEJAYAAN 





Telor-telor yang telah ditebuk pada hari ke 19


Anak-anak ayam baru menetas

Telor-telor menunggu masa untuk menetas dan candling