Tuesday, November 30, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI

Salam semua.

Dah 2 minggu saya tak update blog. Saya agak sebok pada kebelakangan ini selepas mengetuai cawangan di tempat tugas baru saya. Itulah agaknya rahmat disebalik kejadian yang menimpa reban saya. Jika tak, tentu saya terlalu amat sebuk siang dan malam serta tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga saya di sepanjang musim cuti sekolah ini. Kesempatan dari kelapangan yang ada, saya manafaatkan untuk melayan anak-anak saya serta membuat senggaraan dirumah.

2 minggu yang lepas, saya telah membuat kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman ke seluruh kawasan reban. Saya menggunakan high pressure pump untuk membersihkan najis ayam serta menyembur diinfectant. Mudah-mudahan semua kuman tersebut dapat dibasmi.

Selepas selang 3 hari, saya mencuba memasukkan ank-anak ayam yang berumur 5 minggu untuk percubaan. Alhamdulilah, setelah beberapa hari, anak ayam masih sehat dan aktif tanpa menunjukkan apa-apa tanda serangan. Seterusnya saya memindahkan pula anak-anak yang berumur 3 dan 4 minggu. Setakat ini semuanya masih baik. Saya berdoa dan berharap agar tiada lagi serangan sampar melalui bawaan angin dari kawasan sekitar kereban saya. Jika bukan kerana anak-anak ayam ini dah bayak berak sehingga mengeluarkan bau yang kurang senang diwaktu malam, saya tak pindahkan lagi. Tapi keadaan memaksa demi keselesaan dirumah serta jiran tetangga, saya serahkan saja pada nasib. Jika ada rezeki, membesarlah anak-anak ayam ini sebagai pewaris kepada keturunan mereka sehingga boleh membiak dimasa hadapan. Semuga kitaran serangan ini biarlah lama, janganlah didalam masa terdekat atau dalam masa yang singkat. Klalau berlaku seperti yang tidak diingini, mungkin saya tutup reban kerana tiada apa yang nak diternak lagi.

Jika keadaan mengizinkan dan ada bekalan saya akan membeli sedikit demi sedikit induk baru sebagai penelur. Incubator saya sudah rehat tanpa telor untuk dieram lagi. Orang kampong juga tak ada telor untuk dijual. mereka juga terkena serangan sampar. Memang hebat kali ini. Sebentar tadi, saya dapat matlumat dari rakan saya yang pulang dari kampongnya di Trengganu, disana juga terkena dalam serangan sampar. kepada rakan-rakan ternak di Trengganu, ambillah tindakan yang perlu untuk mengelak bencana ini. Negeri-negeri lain dah teruk kena, semuga rakan-rakan ternak yang saya kenali melalui blog dijauhi bencana ini.

Insyallah, kita bertemu lagi.

Wassalam

MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau : http://pembekal-kayu-bakau.com 

                                     : http://pembekal-kayu-bakau.blogspot.com

Pembekal Atap Nipah : http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com

Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com


1 comment: