1/5(Sabtu) - Pada hari ini, genap setahun saya melibatkan diri didalam bidang penternakan iaitu ikan keli. Syukur, saya masih lagi berminat dan dapat bertahan menempuh cubaan dan dugaan didalam penternakan keli.
Cuti hujung minggu saya manafaatkan sepenuhnya. Dirumah, saki baki telor ayam terus menetas. Anak anak ayam yang baru menetas rioh rendah dalam hatcher brooder. Baki telor yang rosak lebih kurang 15 biji. Dibuat post-mortem, ada yang anak mati diperingkat akhir kerana janin dah cukup sifat, tak berjaya keluar dari telor. Ada satu biji tu buat saya tak lupa. ketuk punya ketuk, pop... menyembur sedikit kemuka dan baju telor tembelang. nasib baik lagi, tak busuk sangat. terus basuh muka dan baju. Kenangan... tapi telor tu tak berkocak masa digoncang, sebab tu saya tak sangka ia tembelang.
Bagi telor-telor yang terpaksa dibantu kerana dah lama sangat tak keluar walau dah korek lubang, saya dapat pengalaman baru. Dari pengalaman yang dilalui, dapat dibuat kesimpulan berikut jika nak membantu telor menetas:
i. Jika telor dah ditebok lebih dari 6 jam
ii. Kopek perlahan lahan untuk besarkan lubang
iii. Lihat keadaan telor, jika ada pendarahan, jangan teruskan.
iv. Jika tiada pendarahan, teruskan kopek perlahan lahan.
v. Jika ok, cuba bantu untuk membolehkan anak keluar sendiri.
Keadaan diatas berlaku mungkin anak ayam tidak cukup tenaga untuk menolak kulit telor yang keras. Saya lihat, anak-anak ayam ini tidak bermasalah.
Tetapi jika berlaku pendarahan, anak ayam akan jadi lemah untuk tempoh yang lama dan akan pulih akhirnya. Jika pendarahan banyak, pendek umur(premature hatching))
2 ekor anak ayam yang diterapi telah pulih dan boleh berjalan sendiri. Ini bermakna adalah perlu kita membantu mana-mana anak ayam yang lemah kerana sebab-sebab yang tak diketahui.
2/5 - Pada hari ahad, anak anak ayam didalam reban asuh rumah wak telah dipindahkan ke reban asuh yang baru. Riuh rendah bunyinya bila dipindahkan. Faliq dan Fahmi bantu tangkap. Ali bantu angkat bakul. Anak anak ayam ini dah mula dididik makan soya, dan nampaknya dah menerima perut mereka. malam tido dalam reban baru.
3/5 - Anak anak ayam dalam brooder sihat. Ada 2 ekor yang mati tak tahu sebab. yang lain-lain ok. Anak anak ayam ini yang menetas pada 28/4-1/5 telah dipindahkan kereban asuh(reban arnab) malam 3/5. Semuanya nampak ok dan nampak aktif berlari, melompat, mematok, berlaga. Tinggal baki-baki yang masih baru didalam brooder.
3/5 - Anak -anak ayam direban baru diberi peluang pertama menjejakkan kaki ketanah. saya biarkan turun sendiri satu persatu. gembira sangat nampaknya. melompat, terbang, mengais, berjemur, berlari. maklumlah, macam kanak-kanak kecil. Saya biarkan seharian diatas tanah. Malamnya, saya tak sedfap hati, pergi tengok kejap semasa naak-anak menunggu giliran dikedai gunting. Rupa-rupanya, semuanya berkumpul diatas tanah. tak tahu mana nak pergi. saya angkat semuanya masuk dalam reban semula supaya tak kesejukan kerana embun atau hujan. pengalaman lepas mengajar.
3/5 - Oleh kerana terpaksa bercuti kerana jaga mak yang tak de maid(dah lari), saya ambil kesempatan dirumah siapkan incubator ke-3. Baut wiring, sapu timber tone. Tak sempat potong lubang untuk cermin. Thermostat baru samapai pada tengahari yang meransang untuk siapkan. tunggu beli thermo-hygro meter dan tray telor je. lepas tu dan boleh pakai. kesempatan itu juga diambil untuk mengecat garden chair. cantik sungguh, macam baru pula. kerusi ini diambil dari buangan dirumah mak setelah diganti lantai tempat duduk baru.
4/5 - Hari ini kerja, fara ponteng untuk berkorban jaga neneknya. Terima kasih anakku. Dia nin memang minat buat nursing. dari mula-mula wannya sakit(diumur fara 13 tahun), dia dah boleh jaga neneknya. Dia bukan penggeli. Dia boleh buat semua kerja membersihkan neneknya. Tu je anak perempuan saya. Kaki merajuk masa kecil sampai sekarang. Macam ayahnya juga.
Baru je menetas
Seronok tengok muka anay ayam, memang comel
Pagar reban baru dah siap
Reban baru dah siap tegak, tinggal buat dinding dan palang
Baru belajar turun tanah
No comments:
Post a Comment