Wednesday, May 12, 2010

REBAN ASUH BARU DI RUMAH

11/5(Selasa) - aku cuti untuk bawa anak(Fahmi & Fuad) cabut gigi. Aku juga ambil kesempatan buat scaling, maklumlah perokok, gigi kotor. Hari ini gigi cantikputih  berseri. Sebelum pergi klinik gigi, aku baut maintainance pada rebah asuh. Bersihkan reban dan kawasan belakang rumah. lepas balik dari klinik, aku dapat idea bahawa sebuah lagi reban asuh diperlukan untuk mengasingkan anak-anak ayam yang keluar dari brooder dari anak-anak ayam yang menetas sebelumnya, takut kena buli. Aku gunakan bahan katil anak yang dah terbuang dan ubahsuai jadi ranka lantai. Tampal dengan kayu lebihan sebagai tiang, lantai pakai net pvc hijau. malam tadi dah hampir siap, tinggal pintu dan bumbung saja. esok lusa, siaplah. Anak ayam kampung ada mati 2 ekor, mungkin yang lemah.


sebelah petang gi reban, tengok ayam. ayam kacuk ada yang sakit, dah bagi ubat. telor dapat 10 biji. Aku dapat bekalan hampas kelapa dari lin. satu karung plastik hitam besar(RM6) dan boleh muat 3/4 drum plastik. terus buat campuran makanan dari soya, hampas kelapa dan jagung. nampaknya ada selera sedikit ayam tu makan, tak macam sebelum ini. Semuga dengan sumber makanan yang murah dan berkhasiat ini, dapatlah projek ini diteruskan tanpa memberi kesan kos makanan yang tinggi. 









.

No comments:

Post a Comment