Wednesday, April 28, 2010

PENGENALAN - ANGGERIK AGRO FARM : PENTERNAK AYAM KAMPONG ASLI -

Anggerik Agro Farm adalah tapak projek penternakan ayam kampong asli secara intergrasi didalam kebun kelapa sawit seluas 2 ekar yang berpagar. Beroperasi di Jalan Anggerik, Batu 10, Kg Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Mula menceburi bidang penternakan  ayam kampong sejak 18/12/2009 sempena sambutan Ma'al Hijrah. Bertitik tolak sempena Maal Hijrah, saya mula mengorak langkah untuk maju kehadapan didalam penternakan ayam kampong asli secara tradisional, insyallah secara besar-besaran. Segala tenaga, keringat, masa dan wang ringgit ditumpukan untuk memajukan diri demi keluarga tersayang.

***************************************************************************************

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua penternak-penternak dan bloggers penternakan ayam kampong.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkenalan. Nama saya Mohd Hedzir Borhan dari Telok Panglima Garang, Kuala Langat Selangor(10 batu dari Klang) Untuk pengetahuan, inilah adalah langkah permulaan dan pertama saya berblog kerana saya percaya kepada perpatah Inggeris 'A 1000 MILES JOURNEY BEGIN WITH A FIRST STEP' atau 'PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA'.

Sebenarnya saya telah berjinak-jinak dengan penternakan bermula pada 1 May 2009(untuk mudah diingati)  dengan memulakan kerja-kerja mendirikan kolam kanvas untuk kolam keli sebanyak 4 buah berukuran 4' x 10' sebagai percubaan dan R & D. Alhamdullilah, sehingga kini saya dah ada 16 kolam, 8 kolam (4' x 10') dan 8 kolam (10' x 12'). Dah banyak hasil dijual dan masih aktif. (Kini saya mengembangkan sayap bidang penternakan termasuk ayam kampong dan lembu).

Bermula dari situ, saya mula menceburi penternakan ayam kampong kacuk pada penghujung 2009(Sempena Ma'al Hijrah) sebagai percubaan dan R & D dengan 400 ekor sebagai permulaan. Setelah melalui pelbagai pengalaman pahit, saya kini menumpukan kepada penternakan ayam kampong ori kerana saya sangat yakin dengan permintaan, pasaran dan harga yang stabil. Sepanjang tempoh berkenaan, saya banyak melayari blog-blog berkaitan penternakan ayam kampong ori terutama dari blog Citypull untuk menimba ilmu dari pengalaman orang.

Akhirnya pada bulan Mac 2010, saya nekad dan melangkah dengan berani memulakan projek penternakan ayam kampong ori.

Dimulai dengan membeli baka-baka ayam yang sehat-sehat dari orang kampong setempat. Memang susah betul nak dapat bekalan ayam kampong. Memang banyak nampak kat tepi-tepi jalan, tetapi bila tanya kat rumah-rumah berdekatan, mereka jawab bukan kepunyaan mereka. Dah jumpa tuan punya, susah nak tangkap, tidor atas pokok. Cobaan. Dapat juga akhirnya dari penternak ayam ori, tetapi masih dara lagi. Bagus juga, orang baru katakan, tEtapi ada juga dapat dengan kotak-kotak sangkarnya sekali termasuk telor dan ibunya. Special offer sbb tuannya dah give up.

Setelah berbulan-bulan membaca blog-blog melayu dan inggeris, serta menumpang ilmu datri citypull semasa kawan saya beli incubator dia, saya dah cukup yakin untuk membuat incubator sendiri yang pertama dengan kapasiti sehingga 250 biji telor(2 para) berukuran 18' x 32' x 24'. Saya gunakan ruang para dan  secara build-in diatas para setor barang dibelakang rumah tetamu ku. Tampal plywood ikut ukuran dan tampal, baut pintu, pasang semua alatan, wiring dan testing serta commisioning. semuanya buat sendiri.

Untuk mempercepatkan projek bermula, saya membeli telor-telor dari orang-orang kampong setempat. Susah juga nak dapat, kalau ada pun tak nak jual. daptlah juga 3 supplier tetapi tak konsisten. Sebagai permulaan, telor yang dibeli dimasukkan kedalam incubator pada 9/4/2010 yang lalu.

Dalam masa yang sama, baka-baka ayam yang dibeli telah mula bertelor. Saya menambah bilangan reban dengan cara dan konsepku tersendiri setelah membuat banyak bacaan didalam internet dan menambah baka-baka ayam dengan ratio 1 jantan :5 betina. Oleh kerana kutipan telor agak lumayan dengan purata 15 biji sehari, saya membuat 2 buah lagi incubator (portable type) dengan capasiti 200 biji(18' x 18' x 46') setiap satu untuk menampong keperluan telor yang akan di eram .

Saat yang dinanti-nanti telah tiba. Adakah hasil kajian dan kerja tangan ku berhasil? Kini telor-telor telah mula menetas berperingkat-peringkat. Saya amat teruja dan gembira yang teramat sangat apabila incubator yang pertama ku buat membuahkan hasil dengan jayanya. Saya menjerit memanggil isteri untuk memberitahu kejayaan saya. Saya juga membawa keluar anak ayam sulung tersebut untuk ditunjukkan kepada emak yang terlantar diatas katil kerana strok. Emak gembira dan tertawa.

Sejak akhir-akhir ini, anak ayam dah mula kerap menetas walaupun tarikh masuk adalah pada 9 April. Adakalanya 5 ekor, 7 ekor.  Ini terjadi kerana ada telor-telor yang dibeli mungkin telah dieram oleh ibu ayam sebelum dirampas oleh tuannya untuk dijual.  tetapi itulah tang inkubator saya berjaya. Saat kemuncaknya adalah sekitar 30 April ini dimana telor-telor baru akan menetas.

Lupa nak tulis, peratus telor yang rosak adalah amat kecil sekali. dari 150 biji yang dimasukkan, 3 biji tembelang(mungkin dah rosak masa beli) dan telah dibuang pada peringkat candling yang pertama. 6 biji ada ring setelah 10 hari dan 6 biji tiada persenyawaan setelah 15 hari simpan(dah makan buat sarapan pagi).


Penetas peringkat awal boleh ditangani kerana tidak berlaku serentak dengan menggunakan brooder yang kecil. terfikir dibenak hati, macammana pula kalau dah beratus-ratus menetas dalam masa 2-3 hari. Mana nak simpan??? Pembacaan sebelum ini tidak menekankan masalah brooder untuk penetasan berjumlah besar. Terfikir sebelum ini untuk menggunakan cabinet plastik bertingkat untuk dibuat incubator, tetapi muncul semula idea untuk dibuat sebagai brooder. Maka pada malam tadi tadi(28/4/2010), saya membeli cabinet plastik 5 tingkat yang paling besar(sama tinggi dengan saya 5'7"). Penuh kereta Wira aeroback dengan kotak dan barang2 dapur serta anak-anak yang mengikut untuk ambil kakaknya(Fara) dari tiusyen). Saya guna idea ini kerana ruang setor saya sempit dan penuh dengan barang-barang terpakai. Memang sangat menjimatkan ruang dan sangat praktikel. Saya akan membuat wiring lampu pemanas sebelah malam dihujung minggu ini.

Setelah anak-anak ayam itu nanti perlu dipindahkan dari brooder, saya gunakan bekas reban arnab lama untuk jadikan tempat mengasuh anak-anak ayam sehingga umur 3 minggu sebelum dialih ke reban didik ditempat lain dikebun ku.

Sebagai tatapan, dibawah adalah gambar2 sekitar Anggerik Agro Farm.






Kolam-kolam keli di Anggerik Agro Farm







Ternakan lembu secara kecil-kecilan


Gambar-gambar kawasan persekitaran reban










Reban asuh(kiri) dan reban asuh yang belum siap dinding(kanan)






reban untuk ayam besar yang lepas bebas






Reban ayam penelur/baka










Reban ayam laga dan ayam hutan



Anak ku sayang, Fahmi(abang, kurus) dan Fuad(adik, gemuk)
Hari-hari mesti datang main/kacau ayam, suka buat experiment 
cross breed bapak ayam


















Antara bapak-bapak ayam(pembaka) yang ada


















MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com


3 comments: