Semalam(29/4) bermulalah sebok telor-telor ayam menetas. kelam kabut saya pada malamnya menyiapkan wiring lampu pemanas untuk brooder baru dari kabinet plastik 5 tingkat. bermula dari jam 8 mlm, akhirnya siap pada jam 9.30 mlm. walaupun wiring nya simple, tetapi pasal nak nampak kemas, saya buat elok-elok dan berhati hati. jam 10 mlm, saya pindahkan semua anak anak ayam yang ada dalam brooder plastic container ke brooder baru tu. alhamdullilah, pagi tadi saya tengok semua sehat sejahtera semuanya.
saya nak cerita pengalaman masa mula-mula menetaskan telor. antaranya adalah kelam kabut memindahkan telor disaat 3 hari terakhir untuk meletakkan pvc net 1/2" x 1/2" bagi melapik jaring tray yang 1" x 1/2". ada masalah rupanya dengan jaring itu bila anak ayam menetas. kakinya terjuntai-juntai. jadi pada malam itu juga saya ambil net pvc hijau tu buat pelapik. barulah anak ayam yang baru selesa sikit.
ada kejadian saya lihat tali pusat(agaknya) melekat kat bontot anak ayam. saya tengok tak terpisah juga walau dah agak lama. kawan dia dah tak de apa-apa kat ekor. jadi saya tarik pelan-pelan dan putus. sebenarnya saya dah baca dlm blog supaya jangan buat apa-apa pada anak-anak ayam yang sedang menetas, biar je dia settle masalah sendiri. tak sampai hati tengok, saya tarik lah juga. apa yang terjadi susulan dari itu, anak ayam tersebut lemah kakinya dan tidak dapat berdiri. terkangkang je sambul terduduk atas perutnya. agaknya mesti pasal saya tarik tali pusatnya. tetapi ada pulak seekor lagi yang nasibnya serupa dengan yang tadi, tetapi saya tak buat apa-apa pada dia. saya ikuti perkembangannya, letakkan tisu biar jadi kesat lantai, sama juga. malam tadi timbul idea untuk bantu 2 ekor anak ayam tu. saya buat terapi supaya dibelajar berdiri untuk kuatkan otot2 kakinya dengan memasukkan nya kedalam gelas rendah supaya kakinya tak terkangkang dan anak ayam tu dapat belajar berdiri. pagi tadi tengok seekor dan mula kuat kakinya,tatapi yang seekor lagi masih perlukan terapi.
Malam tadi saya alih semua telor2 yang dijangka kan menetas pada 30/4 ke incubator baru. dah ada 12 biji yang nak menetas, jadi untuk bagi bakal anak ayam selesa dan kakinya ada grip, saya asing dan masukkan kedalam tray plastik berlubang2 kecil. ini adalah untuk mengelak dari terlalu lama didalam longgokan telor lain. almaklumlah, saya ni kerja kat putrajaya, jadi takde masa untuk tengok pada siang hari. tetapi saya akan pesan anak-anak supaya tengok2 dan alih kedalam bekas tu.
Incubator baru tu memang bagus sangat. saya gunakan ia sebagai hatcher sementara telor belum banyak lagi. Menggunakan thermostat caem, temperature controlnya sangat baik. saya set ia padam pada 37.5 C. ia menyala semula pada 37.2 C dalam masa 80 saat dan mati semula didalam 80 saat juga. memeang hebat. walaupun harganya mahal, nak setting memang senang dan kita yakin. saya pesan thermostat tu dari Junaidi, jumpa dalam blog dia.
Malam tadi buat candling telor yang lain. ada 3 biji belum ada apa2, nak kena makan la tu. ada sebiji rosak sebab ada red ring. yang lain lain cun. Pagi tadi sebelum pergi kerja, tengok ada 4 anak baru, dan petang ini saya cal rumah, maid kata ada 2 lagi yang menetas dan dah dipindahkan kedalam bakul plastik tu.
Hujung minggu ini nak siapkan satu lagi incubator selepas pesan 2 lagi thermostat caem dari junaidi. nak ganti thermostat pada incubator pertama dan untuk incubator baru.
Semalam dapat 12 biji telor baru. sekarang dah ada 70 biji. mungkin hari ahad nanti, dah ada 100 biji. boleh masuk lagi.
Anak-anak ayam yang menetas awal(telor beli dari orang kampung yang dah mengeram) semuanya sehat2 belaka. semuga panjang umur.
#############################################################################
Assalamualaikum.
Semalam saya balik dari ofis terus ke bilik setor melihat incubator. Alamak, terkejut saya apabila lihat Fix incubator yang no. 1 tak menyala lampunya. gi tengok plug, sah tutup. rupa-rupanya saya terlupa nak on semula selepas buat candling pada pukul 12.20 pagi malam tu. mula-mula pikir, siapa yang tutup. akhirnya terkenang semula itu kesilapan sendiri. Saya tengok bacaan thermometer 32C. bilik memang panas diwaktu siang. Saya berdoa agar janin telor itu tak hadapi masalah untuk terus hidup. ada 2 badge, tarikh jangka due pada 8/5 dan 15/5. telor ada kat 150 biji.
Gi tengok incubator no. 2, memang banyak menetas. tak silap saya ada 8 ekor dan merayap dan bising. Malam tadi pindahkan anak-anak yang dah kering bulu ke brooder baru tingkat 2.
Lepas tu gi pekan Telok beli dedak kasar. terus kereban bagi ayam makan. 2 tong soya dah sampai. wak dah bagi makan. kutip telor dapat 16 biji. amin.
Malamnya, gi kedai kat pekan Telok sekali lagi untuk beli 4 buah tempat simpan tin susu yang ada perangkap air untuk tempat minuman anak ayam dalam brooder. Dalam bekas tin susu, saya isi batu kelkir konkrit sebagai pemberat supaya tak mudah terbalik. keliling perankap semut, isi air untuk minuman. minta kat isteri botol plastik tempat simpan kuih raya. Potong lubang keliling untuk kepala ayam patok dedak. yang ini saya tiru dari salah seorang blogger punya idea(dah lupa siapa dia). malam tadi cepat tidor.
Saya terjaga jam 5 pagi. sejak telor ayam rancak menetas, saya sering terjaga awal pagi. otak asyik terkenang anak ayam baru je. tu yang buat mudah terjaga, tak sabar melihat anak ayam baru. saya dengar riuh dalam incubator. ada 10 ekor yang baru. yang semalam dah kuat dan kering bulu, pindahkan kedalam brooder bersama kawan kawan baru. seekor anak ayam yang sedang dalam terapi dah ada peningkatan. dah mula berdiri agak baik. yang seekor lagi masih belum banyak berubah. masukkan semula kedalam gelas, tetapi kejap tengok dah keluar. masukkan semula, dia diam dan rehat. harap hari ini dia pulih sedikit.
Saya dah pesan pada maid supaya pindahkan anak ayam baru dari tray ke bekas plastik supaya tidak mengganggu telor2 lain. saya menjangkakan hari ini lebih banyak telor menetas kerana dah due masa menetas. saya lihat dah bad banyak telor mula ditebok. jika berjaya, memang rekod yang sangat baik kerana kadar penetasan amat tinggi. apa pun, masih belum pasti lagi.
saya teringat semula, saya ada masukkan telor yang retak masa mula-mula dulu untuk diuji adakah ia boleh berjaya ditetas atau tidak. jawapannya sah tak boleh. semalam saya tengok ada lcecair pada tempat retak. dah tunggu 3 hari, tapi tak menetas juga. so semalam saya buat keputusan untuk kopek telor tu. memang dah rosak, tapi tak tembelang. dia kering dan kecut. Itulah namanya pengalaman yang membuktikan kebenaran nasihat penternak lain. tapi tak cuba, tak percaya.
memang niat saya nak buat ujikaji seberapa banyak yang mungkin dalam percubaan pertama saya menggunakan incubator tersebut. macam 'MYTH BUSTER' pulak bunyinya. Antara percubaan untuk mengesahkan fakta, mitos, nasihat atau kepercayaan adalah:
1. Bentok telor tak sempurna(besar, kurus, kecil, bulat, kembar kuning) tidak baik untuk penetasan - belum dapat disahkan lagi
2. Telor retak tak boleh berjaya ditetas- sah benar, dah dapat buktinya
3. Telor yang kotor dengan tahi tak berjaya ditetas - belum pasti lagi
4. Telor yang simpan dalam peti sejuk tak boleh ditetas- belum tahu lagi. dah masuk 2 biji untuk ujian. jika lepas 5 hari takde darah, boleh jual kat kedai kopi.
5. Telor tak de benih jantan tak boleh jadi embryo - sah
6. Gelang merah boleh terjadi - sah
7. Telor yang tak digolek, tak akan menjadi - tak berani cuba
8. Humidity untuk penetasan perlu antara 70%-80% - menetas juga walau kurang dari 60%
9. Jangan bantu anak ayam yang sedang menetas - tepaksa bantu juga selepas beberapa jam tak menetas walau dan retak keliling. rupa-rupanya lapisan dalamnya liat, nampak mcm lega je rupa anak ayam lepas tu.
10. Perlu sediakan lapik yang kesat untuk anak ayam baru menetas- benar dan sah perlu. saya gunakan ruang yang kosong dlm hatcher dengan bekas plastik(mcm terdapat dalam base hamper ) yang berlubang-lubang halus supaya kakinya dapat grip yang baik untuk berdiri atau bergerak. Tiada lagi kejadian kaki lemah untuk berdiri selepas itu.
11. Biarkan bulu betul2 kering dalam hatcher atau incubator sekurang-kurangnya 12 jam sebelum dipindahkan kedalam incubator - saya ikut, memang betul
12. Perlu ada lampu yang cukup memberi kepanasan dalam brooder - sah perlu. saya guna 2 mentol 5 watt je. tapi jangan risau jika watt lampu terlebih besar(tapi jangan lah 100watt), sbb anak ayam akan menjauhi lampu jika terlalu panas dengan syarat lampu mesti diletakkan disatu sudut sahaja, bukannya ditengah-tengah brooder, sebab takde tempat nak lari pulak. Saya pernah cuba 40 watt, saya lihat anak ayam semua jauh dari lampu. 15 - 25 watt mungkin sesuai dan bergantung kepada sais brooder tersebut. tapi jangan lupa buka ruang udara untuk peredaran udara, takut anak ayam kering jadi barbeque. Jangan besar sangat, takut tikus atau kucing makan anak ayam.
13. Jangan guna cat/woodstain dalam incubator - memang ada masalah. Bau cat/thinner lambat hilang( lepas taruk arang, hampir seminggu bau hilang). kalau nak cat juga, jangan guna incubator dahulu, biarlah bau cat hilang dulu. pilihan lain adalah guna formica untuk elak plywood kembang jika basuh dengan air, dengan syarat semua penjuru ditutup dengan silikon dulu supaya air tidak meresap. lagi masalah guna cat atau/woodstain adalah, bacaan humiditi dalam incubator/hatcher akan melebihi 90%(sampai tak ada bacaan). mungkin sensitiviti sensornya terganggu oleh bau thinner atau cat. susah hati saya sebelum ini. Saya sangka hydrometer dah rosak, dah nak tukar. tapi bila saya bawa ketempat lain, ok pulak. sahlah bau wap thinner dan cat mengganggu sensor hydrometer.
Pengalaman yang saya temui (tidak pernah disebut dimana-mana blog atau artikle lain)adalah:
1. Terdapat habuk halus dari bulu anak ayam yang kering bertaburan sekeliling dan dibawah hatcher/ incubator. Nasihat saya, gunakan vacuum cleaner untuk sedut dan bersihkan. Seelok-eloknya lapik dengan surat kabar supaya senang nak buang kekotoran dan kulit2 telor. jika alergi habuk, gunakan face mask. Sediakan tong sampah berdekatan untuk buang kulit-kulit telor
2. Bukan nak kempen atau iklan produk, tetapi thermostat c.a.e.m(Range 0-40C) memang sangat baik untuk incubator/hatcher. Memang harganya mahal dan susah nak dapat, tetapi saya sangat yakin dengannya. mudah sangat untuk setting suhu, kejituannya mengekalkan suhu sangat baik. Cut-Out power supply pada 37.8C dan Cut -In pada 37.2 dalam masa 80 saat saja.(suhu paling ideal untuk incubation : 37.5C). cukup excellent. tetapi saya tidak bermaksud jenama lain tak bagus, kerana ia tetap berfungsi menetaskan telor sebelum ini.
3. Penggunaan blower fan yang dihalakan ke dinding untuk tujuan pengedaran udara panas keseluruh ruang incubator/hatcher adalah sangat baik. terdapat kepanasan yang hampir sekata diseluruh ruang terutama sekali jika mengunakan multi-tray kerana udara panas dipaksa circulate(peredaran udara). Jika tiada fan, kepanasan mentol akan bergerak melalui proses radiation yang ambil masa agak lama sebelum mencapai suhu yang ditetapkan untuk dikesan oleh bulb thermostat(benda panjang pada hujung tiub thermostat). tiub thermostat tu namanya capillary tube. telur juga tidak terdedah kepada kepanasan lampau(extreme heat) yang boleh membunuh embryo.
4. Untuk buat alat candling dengan mudah tetapi baik, saya gunakan lampu suluh jenis LED 4 biji bateri D size. Sambungkan reflector lampu downlight size 4" pada cermin lam[pu suluh (secara telangkup) dengan wiring tape(lubang yang besar pada cermin lampu suluh). Lubang yang kecil pula digulung dengan wiring tape sehingga garis pusatnya mengecil dan cukup untuk sais telor ayam ori. memang terang dan jelas buat candling. kosnya: lampu suluh RM20, downlight RM10). Boleh dibawa kemana-mana dan masih berfungsi sebagai lampu suluh(Cuma beam lampu nya kecil je).
5. Palang tempat tidor ayam memang kena lebih tinggi dari kotak telor. jika sama tinggi, ayam-ayam cenderong untuk bertenggek atas kotak telor dan menabur najisnya didalam sangkar telor. Memang betul kata seorang blogger tu.
6. Bapak ayam baka boleh digilir-gilirkan atau dirosterkan kereban lain supaya dia rajin mengawan dengan ibu baru. Maklumlah ada awek baru, terus kembang kepaknya, nahas nasib ibu ayam tu. ini ada kebaikannya, kerana peluang ibu ayam melakukan persenyawaan pada telor adalah tinggi. setakat ini, telor tidak berbenih hanya sekitar 6 biji je dari 200 biji, dan saya rasa dari ibu yang sama je. mungkin ibu tu tak kasi bapak ayam tu tenggek dia kerana ratio bapak:ibu adalah 1:5 atau 1:6 je.
7. Penggunaan aquarium pump ada baiknya sepertimana yang dibuat oleh citypull. Bekalan oksijen dalam incubator mencukupi jika anak anak ayam menetas serentak dan tidak dialih segera atau tidak dibuka pintu untuk jangka waktu yang lama. saya pasang pam tu pada hatcher dan disambungkan pada terminal no. 2 pada thermostat(jika terminal no.1 untuk lampu). saya juga pasang sebiji mentol 5watt secara selari pada terminal no.2 bersama pam untuk tujuan lighting je supaya senang tengok suhu.
Akhir kata pada post kali ini:
Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saiful citypull, junaidi dan lain-lain blogger melayu yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu disini serta individu-individu lain diserata dunia yang telah menurunkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka untuk dikongsi bersama oleh orang lain. sesungguhnya semua ilmu yang dimanafaatkan oleh orang lain adalah merupakan sedekah amal jariah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Jika tidak kerana mereka, tidaklah saya berjaya menetaskan telor-telor tersebut. Segala ilmu dan pegalaman mereka bakal mengubah nasib seseorang kesatu langkah kehadapan yang lebih baik untuk dirinya, keluarganya, saudaranya dan agamanya.
Kerana saya percaya:
'TIDAK BERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU, JIKA KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI'
'PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA'
'TUNTUTLAH ILMU WALAU SAMPAI KE NEGERI CINA'
'HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH'
'YANG BULAT TIDAK DATANG MENGGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG'
'USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN'
'ALANG ALANG MENYELOK PEKASAM, BIARLAH SAMPAI KEPANGKAL LENGAN'
'ALANG ALANG GENGGAM BARA, BIAR SAMPAI JADI ARANG'
JANGAN 'BODOH SOMBONG - PANDAI TAK BOLEH DIIKUT, BODOH TAK BOLEH DIAJAR'
YANG PASTI, NASIB KITA TAK SERUPA DENGAN NASIB ULAT DALAM BATU
SEKIAN UNTUK KALI INI

Incubator pertama ku(flush in ke para setor)
(force air with rainbow thermostat 10-110 C)
Incubator kedua(portable type) digunakan sebagai hatcher
(force air with c.a.e.m thermostat)
Kumpulan Pertama anak-anak baru menetas
incubator ketiga semasa pembinaan
(Sekarang dah siap)
Brooder dari kabinet plastik 5 tingkat
Anak-anak ayam barumenetas didalam kabinet brooder
Lampu Candling yang digunakan pada peringkat awal
Lampu camdling version 1(baru belajar)
Lebih murah & mudah digunakan dan lebih cerah
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
tahniah bro... pegalaman adalah benda yg paling berharga... belajar dari kesilapan .. dan jgn putus asa
ReplyDelete