Monday, March 21, 2011

HARGA AYAM KAMPUNG MELAMBONG TINGGI

21/3 - Lama betul tak menulis. Bukannya dah mengundur atau menjauhkan diri, tetapi takde bahan nak ditulis. Walau bagaimanapun, setiap hari saya membuka dan membaca perkembangan terkini rakan-rakan ternak yang lain. Sama juga macam saya, dah jarang-jarang sangat menulis, tetapi tetap juga melapurkan sekali sekala perkembangan ternakan masing-masing.

Yang membuat saya menulis kali ini adalah kerana semalam saya telah didatangi oleh seorang peraih ayam berbangsa Cina direban saya. Dia cadang nak beli ayam, memang geram lah di tengok ayam-ayam saya yang memang sesuai sangat saiznya kalau nak dimakan. Dia sanggup menawarkan harga RM18.00 sekilo. Mak oiiii terkejut juga saya mendengar tawaran tersebut. Menurut peraih tu, sekarang ayam takde nak dibeli, sebab tempat dia biasa beli semua kena serangan sampar.

Kesimpulannya, boleh dikatakan memang masa yang sesuai untu menternak ayam kampong sekarang ini. Semua orang takde ayam. Malahan kat tempat saya, penternak veteran masih belum bangun semula. Dedak dikedai kampung pun dan dimakan kumbang, tak laku kerana penternak dah takde ayam. yang susahnya nak muemulakan semula penternakan ayam kampong adalah bekalan baka. Walau pun kita berduit, tapi ayam baka takde. Kalau nak cuba juga, kena beli ayam dara, besarkan dulu, kemudian baru boleh dapat baka.

Mujurlah Allah beri saya kesempatan lagi untuk mencuba lagi didalam bidang ini dengan meninggalkan baka lebih kurang 250 ekor agaknya. Semua ini saya nak biarkan sebagai baka dan menghasilkan telor dan anak untuk akan datang. Semuga perancangan penternakan saya 'back on-track' semula selepas kecundang dengan tsunami sampar.

Selamat maju jaya kepada rakan-rakan penternak dan pembaca-pembaca blog ini.

Terima kasih.



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

4 comments:

  1. Bayak tu, 250 ekor, saya ada 6 ekor je betina. Hahahaq

    ReplyDelete
  2. saya lagi lah..baru nak siapkan reban kat bt10 teluk panglima garang..kalau ade yg berdekatan boleh la jd kawan sy..kt wat persatuan plak..

    ReplyDelete
  3. lupa plak nak bg cntact no..0122688575 wanzam

    ReplyDelete
  4. Saye menternak n menjual ayam kampung area BANTING/DENGKIL. Call 0133478363

    ReplyDelete