26/1/11 - Lama juga tak update blog tetapi saya tetap buka hari-hari untuk melihat perkembangan terkini rakan-rakan ternak. Sebenarnya, takde bahan nak ditulis selepas serangan sampar kerana tiada kajian dapat dijalankan setelah anak-anak ayam, induk-induk ayam semuanya mati. Yang selamat ditetas selepas serangan hanyalah yang didalam incubator dirumah. Itulah penyambung semangat. Rakan-rakan ternak dikawasan saya masih belum bergerak lagi. Takde apa yang nak dibela lagi, baka pun dah takde. Pukulan maut yang diterima sangat memberi kesan kepada penternak. Kedai yang jual makanan ayam kat kampong pun terduduk juga, banyak stok makanan yang rosak diserang kumbang kerana tiada pembeli. Kesian juga kat dia kerana pelaburannya juga tinggi.
Bagi diri saya, keadaan direban memang sangat ceria sekali sekarang ini. Anak-anak ayam sehat belaka dan membesar dengan baik. Hanya kematian biasa sesekali berlaku pada anak yang last batch. Pada masa ini, tiada kos untuk beli makanan ayam kerana semuanya makan sisa makanan kantin. Cuma bayar duit kopi RM100 sebulan kepada pekerja kantin tu. Ayam memang kenyang.
Ayam dah mula menunjukkan ciri-ciri ayam kampong asli. Suka merayau, mengais dan mematuk rumput dipadang. Sangat seronok melihat gelagat ayam-ayam tu, . Tidor juga mencari tempat yang tinggi. Batch yang terbesar ada banyak jantan. Betina pula macam-macam jenis. Semuga cita-cita awal dapat diteruskan. Setakat ini, tiada serangan sampar terbaru berlaku dikawasan Telok Panglima Garang. Semuga dijauhkan oleh Allah. Jika tiada aral lagi, ambil masa 4-5 bulan juga untuk mula bertelor.
Kesempatan dan kelapangan masa yang terluang banyak dihujung minggu kerana tiada aktiviti untuk dibuat direban, saya gunakan untuk menyambung porshe rumah hingga kepagar. Kalau tidak diserang sampar, saya memeang sebok sangat direban. Saya buat sendiri 100% dan kos dikongsi dengan jiran sebelah. Memang jimat giler. Bumbung dah siap pasang pada sabtu lepas, minggu ini nak pasang plaster siling pula. Jika ayam dah mula bertelor, sebok lah semula.
Kepada rakan ternak yang berada dikawasan serangan, berusahalah untuk mencegah, selepas itu berdoalah, selebihnya berserah pada Allah. DIA mengetahui segalanya.
Telah dibaca pada 8 Okt 2014
ReplyDelete