Wednesday, January 26, 2011

KHABAR TERKINI

26/1/11 - Lama juga tak update blog tetapi saya tetap buka hari-hari untuk melihat perkembangan terkini rakan-rakan ternak. Sebenarnya, takde bahan nak ditulis selepas serangan sampar kerana tiada kajian dapat dijalankan setelah anak-anak ayam, induk-induk ayam semuanya mati. Yang selamat ditetas selepas serangan hanyalah yang didalam incubator dirumah. Itulah penyambung semangat. Rakan-rakan ternak dikawasan saya masih belum bergerak lagi. Takde apa yang nak dibela lagi, baka pun dah takde. Pukulan maut yang diterima sangat memberi kesan kepada penternak. Kedai yang jual makanan ayam kat kampong pun terduduk juga, banyak stok makanan yang rosak diserang kumbang kerana tiada pembeli. Kesian juga kat dia kerana pelaburannya juga tinggi.

Bagi diri saya, keadaan direban memang sangat ceria sekali sekarang ini. Anak-anak ayam sehat belaka dan membesar dengan baik. Hanya kematian biasa sesekali berlaku pada anak yang last batch. Pada masa ini, tiada kos untuk beli makanan ayam kerana semuanya makan sisa makanan kantin. Cuma bayar duit kopi RM100 sebulan kepada pekerja kantin tu. Ayam memang kenyang.

Ayam dah mula menunjukkan ciri-ciri ayam kampong asli. Suka merayau, mengais dan mematuk rumput dipadang. Sangat seronok melihat gelagat ayam-ayam tu, . Tidor juga mencari tempat yang tinggi. Batch yang terbesar ada banyak jantan. Betina pula macam-macam jenis. Semuga cita-cita awal dapat diteruskan. Setakat ini, tiada serangan sampar terbaru berlaku dikawasan Telok Panglima Garang. Semuga dijauhkan oleh Allah. Jika tiada aral lagi, ambil masa 4-5 bulan juga untuk mula bertelor.

Kesempatan dan kelapangan masa yang terluang banyak dihujung minggu kerana tiada aktiviti untuk dibuat direban, saya gunakan untuk menyambung porshe rumah hingga kepagar. Kalau tidak diserang sampar, saya memeang sebok sangat direban. Saya buat sendiri 100% dan kos dikongsi dengan jiran sebelah. Memang jimat giler. Bumbung dah siap pasang pada sabtu lepas, minggu ini nak pasang plaster siling pula. Jika ayam dah mula bertelor, sebok lah semula.

Kepada rakan ternak yang berada dikawasan serangan, berusahalah untuk mencegah, selepas itu berdoalah, selebihnya berserah pada Allah. DIA mengetahui segalanya.



Thursday, January 13, 2011

UPDATE REBAN & TERNAKAN


13/1/2011 - Salam tahun baru kepada semua. Keadaan reban kembali meriah apabila ayam-ayam dah membesar dengan sehat. Kos makanan telah pun dapat dijimatkan 100% apabila ayam dah boleh makan nasi dan lebihan/sisa makanan dari asrama. Ayam sentiasa kenyang. Saya terpaksa terus ke asrama sekolah sekembalinya dari pejabat. Dalam kereta ada besin plastik besar untuk tempat sisa makanan, supaya tidak bocor dan mengotorkan kereta.

Keadaan reban kembali meriah walaupun tidak semeriah sebelum serangan sampar. Ayam-ayam akan menyambut kedatangan saya setiap kali datang menghantar makanan. Kalau datang dengan motor, dari jauh ayam-ayam dah berlari. Mereka kenal bunyi motor tuannya. Ayam besar dah pandai keluar kawasan reban untuk mengais dan mencari makanan asli seperti serangga, cacing dan rumput. Hampir tiada kematian setiap hari. Semuga ayam-ayam ini terus membesar untuk dijadikan induk-induk dan kembali ke landasan perancangan yang telah dibuat pada peringkat awal.

Pada minggu lepas, saya mengambil daya usaha memasang zink terpakai disekeliling kawasan tanah seluas hampir 2 ekar setelah beberapa ekor anjing mula berkeliaran dan telah memakan seekor ayam saya. Terdapat bulu-bulu ayam bertaburan didalam reban. Sebelum itu, saya terserempak dengan seekor anjing menuju kereban. Saya kejar sampai hujung sempadan tanah tanpa menyedari yang saya dah tua. Macam nafas lembu kena sembelih bila berhenti lari. Perrrh....penat giler, lagsung dah takde stamina. Itu yang buat saya bersemangat mengepung semula pagar orkid net dengan zink. Banyak terdapat lubang-lubang menyerupai bekas kepala anjing menyodok keluar.

Semua kejadian yang menimpa ada hikmahnya selain dugaan ALLAH. Menurut blog Maria- Firdaus, sampar ayam masih menyerang industri ayam komersil. Mereka diarah berjaga-jaga dan mengambil tindakan memberi vaksin ND. Ini bermakna, adakalanya vaksin juga tidak mampu menahan serangan sampar walaupun telah diberi diperingkat awal. Semuga ia tidak berulang direban saya. Ya ALLAH, kau dilindungilah peliharaan ku dari serangan penyakit yang membawa kemusnahan besar. Amin

Kepada sesiapa yang tercari-cari dimana nak beli vaksin, bolehlah contact Zali Agro Farm hp: 012-9151424. Vaksin yang dia bekal ada kelebihannya, 2 in 1 (COMBINED NEWCASTLE DISEASE + INFECTIOUS BRONCHITIS (B1 + H120)).

Kadang-kadang ada rakan ternakmeng hubungi saya untuk mendapatkan vaksin ni, jadi baiklah saya tolong promosi rakan kita(Zali). Dulu saya dapat bekalan dari kawan Ayam Opah di Jenderam, sekarang dah tak dapat call, 'the number is not in service'. Apa dah jadi?

Berebut-rebut makan sisa makanan dari asrama.

Yang kecil-kecil makan nasi putih lebihan makanan asrama.

Bersiar-siar setelah kenyang.